Jom Jalan-jalan Makan Cendol Sedap Kuantan



Tudung kanak-kanak


Assalamualaikum. Selamat petang. Tetiba terbayang cendol. Bila sebut cendol terus terbayang cendol sedap kuantan. Hari ini juga bermulanya peperiksaan pertengan tahun bagi sekolah rendah. Kak sya tak tahu la samada selaras seluruh negara. Tapi rasanya sama je kot sebab 25 hb Mei cuti sekolah dah bermula.

Sebelum bulan Ramadhan ni rasa nak pergi jalan-jalan makan cendol je…ahaks. Bila sebut cendol, semestinya cendol sedap hanya di kuantan. Macam ibu mengandung pula. 😆

cendol sedap kuantan
Image from Google

Dari dulu sampai sekarang, kami kalau ke Kuantan, Pahang wajib singgah makan cendol sedap di Mustafa Cendol. Rasanya tetap sama dari dulu, lemak berkrim di sukai semua. Cendol yang biasa kami order adalah cendol pulut. Sedap tau makan pulut sekali dengan cendol. Manis2 pun sedang molek je.

Kalau pergi lagi, nak pesan Cendol Sedap Aiskrim. Lama dah nak makan, tapi nampak je cendol pulut, terus lupa nak cendol aiskrim. 😜

mustafa cendol kuantan
Image from TripAdvisor

Selain cendol menu wajib suami adalah Rojak Mee. Kak sya tak suka sangat makan rojak ni, lebih baik makan Mee Goreng. Nasi goreng tidak dijual, jadi terpaksa la order Mee Goreng Mamak best. Sesekali order Maggi Goreng.

Jangan lupa stanby air suam. Sebab kami ni kalau minum air manis, rasa cam lekat di tekak je. Kena cuci mulut dengan air suam juga. Baru rasa legaaaa.

cendol sedap kuantan
Image from TripAdvisor

Dah siap makan cendol dan mee serta rojak, tapau tu jangan lupa. Sambung makan dirumah. 😅

Tapi kalau tapau cendol tu kan, tak de nyer sampai rumah. Cendol tu habis di pertengahan jalan aje. Kemudian sampai rumah masing2 berebut nak masuk toilet.

Perjalanan ke Mustafa Cendol ambil masa dalam 45 minit je dari rumah kami. Tak de la jauh sangat dan aktiviti sebelum makan cendol adalah buat lawatan ke Mini Zoo yang berdekatan.

Kat Mustafa Cendol Kuantan ni ada kolam ikan dengan bunyi deruan air terjun. Sangat menarik. Anak-anak suka sangat lepak tepi kolam selepas menjamu selera.

Sesiapa yang berkunjung ke kuantan, sila la yea makan cendol di Mustafa Cendol. Confirm tak kan nyesal. Menyesal kalau tak pergi je. Harga mampu milik. Dijamin Halal.


Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge