Instant Shawl Kupu-kupu, Shawl Kanak-kanak Terbaru



Tudung kanak-kanak


Assalamualaikum. Selamat malam semua. Dah lama nak share instant shawl kanak-kanak yang comel ni. Namanya pun comel, Instant Shawl Kupu-kupu.

Instant Shawl ni dihasilkan untuk kanak-kanak dari umur 2 – 9 tahun. Tapi kakak ira yang umur 10 tahun muat elok je pakai. Tak de la senteng sangat kiranya dada tertutup sepenuhnya. Bahagian belakang pun labuh.

Ukuran muka pun elok je. Kiranya sesuai sangat ler. Asalnya beli shawl ni untuk adik una, kakak try pakai cantik la pula. Ingatkan senteng. Kena la order lagi satu lagi shawl yang comel ni. Kak ira dan adik una ni semua nak kena sama. Walaupun beza umur jauh, kak ira 10 tahun, adik una 5 tahun tapi tetap nak pakai yang sama.

Shawl ni senang je nak pakai, sarungkan sahaja dah siap. Muka kak ira pun nampak cute.  😍😍

Adik una dah mula jeles ingat kak ira nak ambil tudung dia. Mana boleh puji2 sangat kak ira, puji empunya badan takpe. 😅

instant shawl kanak-kanak

Instant Shawl Kupu-kupu adalah Instant Shawl Hybrid Istimewa TudungSiComel yang dijahit secara Dwi – Warna menggunakan materiel Cotton Prada Original ( Import ) Istimewa LEMBUT dan SELESA.

Ianya mampu membuatkan Si Comel tampak lebih KEMAS dan COMEL (^_^)

Sayap tepinya dijahit terus dan dihasilkan khas dengan material chiffon dwi-warna istimewa kanak-kanak. Ini bagi memastikan ianya MUDAH dipakai, TIDAK PERLU menggunakan pin. Mudah dibasuh, merenggang LEMBUT dan pastinya SELESA (^_^)

KEISTIMEWAAN INSTANT SHAWL KUPU-KUPU

  • Material Cotton Prada Original yang diimport khas dan ianya lembut serta gebu-gebu
  • Sarungkan sahaja. – tidak perlu menggunakan pin. Mudah dan Selesa
  • Kain kapas lembut mudah dibasuh dan digosok
  • Potongan (Cutting) khas yang Selesa dipakai

.

Jaminan 100 hari

*Setiap produk asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan dan kegembiraan Si Comel merupakan keutamaan kami di TudungSiComel.com.


2 thoughts on “Instant Shawl Kupu-kupu, Shawl Kanak-kanak Terbaru

  1. Mama Chantique May 16, 2017 at 12:18 am

    Alah comelnya…boleh masuk dlm list ni utk raya nanti
    Mama Chantique recently posted..Alamat Baru Shaklee HQ Malaysia 2017My Profile

    • syamila May 17, 2017 at 11:44 am

      Ni bukan takat comel tau mama. Memang betul2 comey. Kain pun comey. Bila pakai lagi la comey. Semua comey. ☺☺☺

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge