Tudung kanak-kanak


Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Mudah Guna Kaedah Fonetik

Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Mudah Guna Kaedah Fonetik. | Bukan sedikit anak-anak ada masalah membaca bila masuk darjah 1. Apabila ini berlalu, anak itu akan ketinggalan dan tidak hairan walau dah masuk darjah 4 anak masih belum lancar membaca.

Ramai juga sedia maklum yang subjek tahun 1 makin susah, tapi anak nak tulis nama sendiri pun tak pandai. Bayangkan soalan darjah satu seperti dalam gambar dibawah. Macam mana anak nak jawab, kalau membaca pun belum pandai. Sebab itu ibu bapa kena pastikan anak-anak sudah pandai membaca apabila masuk darjah 1. Cara mengajar anak membaca paling mudah dari rumah ialah dengan menggunakan kaedah fonetik.

Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyian. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyikan huruf-huruf.

Oleh sebab sebutan perkataan bahasa Melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah yang terbaik.

Ini adalah contoh soalan matematik yang mencabar. Anak perlu mahir membaca baru boleh jawab soalan yang diberikan.

Cara Mengajar Anak Membaca

Ramai ibu bapa sedar sistem pendidikan sekolah rendah makin hari makin mencabar. Sekiranya masuk darjah satu anak masih belum boleh membaca. Ia akan menyukarkan guru-guru untuk mengajar. Ini kerana guru perlu mengajar anak membaca terlebih dahulu. Sedangkan silibus menekankan pelajar untuk memahami ayat.

Ini pula keluhan cikgu yang prihatin.

Cara Mengajar Anak Membaca

Cuba ibu bapa fikirkan, darjah satu telah diajar untuk membina ayat. Walaupun ianya ringkas, tapi bagi budak umur 7 tahun ia suatu yang sukar. Bayangkan kalau anak masih tidak kenal huruf, memang akan ketinggalan jauh.

Sebab itu ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tadika yang bagus. Namun tidak semua mampu sebab yuran yang sangat mahal.

Tapi, bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan boleh hantar ke tadika yang biasa. Namun, ibu bapa perlu dapatkan sedikit ilmu pengetahuan untuk mengajar anak dirumah. Wujudkan pra persekolan dirumah tapi dalam suasana santai dan gembira.

Ibu bapa perlu kreatif dalam mengajar anak membaca dan belajar sambil bermain. Walau ambil masa 5 minit sahaja setiap sesi ia sudah memadai. Boleh belajar cara mengajar anak membaca dari youtube dan juga rakan-rakan. Ibu juga boleh ambil kursus intensif sekiranya betul-betul berminat dalam mengajar anak-anak.

Ibu bapa cuba fikir, macam mana anak-anak boleh belajar bercakap? Kerana anak selalu mendengar perkataan yang berulang-ulang kan. Hari-hari kita ulang perkataan yang sama pada mereka, itu adalah proses pembelajaran tanpa kita sedari.

Jadi untuk ajar anak-anak membaca, ibu bapa boleh ajar anak secara berulang setiap hari. Sebaiknya ibu bapa guna kaedah fonetik. Anak-anak kecil belajar dari bunyi. Apa yang mereka dengar itu yang mereka belajar. Boleh tampal huruf di tempat yang sesuai. Sambil bermain ambil masa 5 minit untuk anak ingat kembali bunyi huruf yang telah di ajar.

Gabung bunyi ibu boleh selalu sebut jika ada masa yang sesuai. Di atas kereta pun boleh. Ajar anak gabung bunyi /b/ dengan /i/, /b/ dengan /u/ dan semua 5 bunyi yang ada dalam buku 1 Set Bacalah Anakku. Ini untuk peringkat permulaan. Balik rumah minta anak tengok huruf dan ulang lagi bunyi yang tadi. Ajar anak secara berulang sehingga anak faham dan mampu gabung bunyi tanpa bantuan ibu bapa.

Bila setiap hari anak dengar bunyi yang sama, mereka akan simpan dalam memori. Sekiranya ibu istiqamah dalam mengajar anak, Insya Allah alam persekolahan akan lebih mudah bagi mereka.

Cara mengajar anak membaca kaedah fonetik, ibu bapa tidak perlu ajar anak kenal huruf. Kita hanya perlu ajar anak kenal bunyi huruf. Tidak semestinya anak yang tidak kenal huruf tidak boleh membaca. Tapi biasanya anak yang sudah kenal huruf tidak boleh membaca. Ini kerana mereka hanya mengenal huruf sahaja, tapi tidak tahu untuk menggabungkan huruf.

Bagi anak fonik, bila mereka kenal bunyi setiap huruf, dan di ajar cara untuk menggabungkan huruf. Insya Allah proses pembelajaran semakin mudah. Dalam masa kurang dari 6 bulan anak sudah boleh membaca dengan lancar.

Jangan terkejut sekiranya anak-anak fonik tidak kenal huruf tapi mereka lancer membaca. Ini kerana mereka hanya mengenal bunyi huruf.

Ibu bapa hanya perlu peruntukan 5 minit sahaja setiap sesi untuk anak seawal umur 3 tahun. Dan jangan terlalu mengharapkan anak-anak dapat membaca dalam masa singkat. Bagi masa pada mereka. Sekiranya ibu bapa lakukan setiap hari secara berulang-ulang, Insya Allah hasilnya sangat bagus.

Cara Mengajar Anak Membaca Kaedah Fonetik

.

JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.

JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.

JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.

JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.

JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

sumber : http://www.hasrulhassan.com/2012/04/teknik-fonetik-5-perkara-jangan-apabila.html

.

Langkah Untuk Mengajar Anak Belajar Membaca Kaedah Fonetik – Pendidikan Awal Kanak-Kanak

.

Langkah 1 : AJARKAN BUNYI HURUF

Perdengarkan Bunyi Huruf

“Dengar elok-elok dan tengok mulut mama ya”

“beh.. beh.. beh.. beh.. beh”

Pastikan anak-anak dapat melihat kepada pergerakkan mulut dan kedudukan lidah anda semasa menyebut bunyi huruf tadi. Ulang sebutan bunyi huruf sebanyak 5 kali dengan kadar perlahan dan berhenti (pause) antara setiap sebutan.

Tanya anak “Bunyi apakah yang kamu dengar tadi, boleh ulang? mama nak dengar”

Perbetulkan kesilapan sebutan anak jika perlu, dan berikanlah sedikit pujian sebagai rangsangan kerana berjaya menyebut dengan betul.

Perkenalkan Teknik Asosiasi

Teknik asosiasi ialah satu teknik yang menggabung satu aksi yang relevan dengan bunyi yang diajarkan. Contohnya bunyi /b/ dikaitkan dengan aksi bermain bola keranjang sambil membunyikan bunyi ‘beh’ ‘beh’ ‘beh’.

Tonton rakaman ini, mudah-mudahan lebih memahami apa yang disampaikan diatas:

.

Langkah 2: AJARKAN BENTUK DAN RUPA HURUF

Perkenalkan bentuk dan rupa huruf menggunakan kad imbas. Gunakan huruf kecil sahaja. Ulang sebut bunyi huruf sambil melihat kad imbas dan melakukan teknik asosiasi bersama anak.

Selain itu, anda & anak juga boleh melakukan aktiviti yang lebih kreatif seperti menyentuh  huruf berpasir sambil menyebut bunyi atau membentuk huruf dengan plastisin atau menulis huruf menggunakan cat air dengan jari dan sebagainya. Dengan cara ini, pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan.

.

Langkah 3: CARA MENGAJAR ANAK MEMBACA MENGGABUNGKAN BUNYI HURUF

Menggabungkan Bunyi

Baik, setelah anak menguasai bunyi huruf dan mengenal bentuk huruf tersebut, kini masanya untuk ajar mereka menggabungkan bunyi pula. Proses menggabungkan bunyi adalah kunci utama kejayaan kaedah fonik

Caranya begini:

  1. i) Mula-mua, anda tunjuk dan sebutkan bunyi /n/ …….. /a/,  /n/ …….. /a/,  /n/ …….. /a/ jadi /na/.
    Sebut perlahan-lahan, kemudian semakin cepat.
    Ulang 2 kali.
  2. ii) Minta anak anda untuk sebut bersama-sama pula
    Ulang 2 kali

iii) Kemudian, anda tunjuk kad /n/ …….. /a/,  /n/ …….. /a/,  /n/ …….. /a/, jadi? (anak jawab /na/)
Ulang 2 kali

Ulang aktiviti 1-3 diatas untuk gabungan bunyi yang lain pula. Apabila anak sudah menguasai menggabungkan bunyi, tidak perlu mengulang setiap langkah sebanyak 2 kali.

sumber: http://junioraulad.com/news/panduan-asas-ajar-anak-membaca-kaedah-fonik

.

Ibu bapa disaran mendapatkan 1 set buku Bacalah Anakku untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Setiap set terdapat Buku Panduan untuk panduan ibu bapa dalam mengajar anak-anak dirumah.

.

Asas Kaedah Fonetik

  1. Memperkenalkan bunyi (fonetik) huruf sahaja
  2. Tidak mengajar nama-nama huruf
  3. Tidak mengeja mana-mana suku kata, perkataan atau ayat

Kak sya pun masih dalam proses ajar anak-anak kak sya kaedah fonetik. Baru bermula dan memang nampak perubahan. Walau baru masuk dua hari, kak una 5 tahun dah boleh gabung bunyi dua huruf.

Adik umar 3 tahun pun baru kenal bunyi 5 huruf yang ada dalam buku Bacalah Anakku 1. Insya Allah semoga kak sya istiqamah dalam mengajar anak-anak syurga kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge