Tudung kanak-kanak


Belajar Tinggi-tinggi, Tapi Jadi Surirumah Jaga Anak Jer?

Belajar Tinggi-tinggi, Tapi Jadi Surirumah? | Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Hari ni nak share salah satu topik hangat dari dulu sampai sekarang.

Tak semua wanita mampu menyandang jawatan surirumah sepenuh masa. Terutama mereka yang sudah biasa bekerja di pejabat. Selepas buat keputusan untuk berhenti kerja, kak sya pernah ditanya soalan, “tak penat ke jaga anak 24 jam setiap hari?” Rasa nak tergelak pun ada dapat soalan ini. 😅😅😅

Sekarang ni ramai yang berpendidikan tinggi membuat keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Ramai juga yang masih belum mula langsai pun pinjaman pendidikan disebabkan masalah kewangan. Apapun, itu keputusan mereka. Tidak salah pun menjadi surirumah yang berpendidikan untuk menguruskan rumahtangga.

Petang ni ambil angin depan rumah sambil tengok anak-anak bermain. Angin petang ni pula, Subhanallah bestnyer. Dah macam bersantai ditepi pantai.

Tetiba rasa nak share sedikit pengalaman. Kak sya dah merasa jadi seorang wanita yang bekerja sambil uruskan anak juga alhamdulillah berjaya menyusu badan sepenuhnya. Sentiasa mengepam secara berdisiplin di pejabat tanpa rasa susah sedikitpun. Mindset masa tu, waktu mengepam adalah waktu menyusu baby. Sebab itu juga selalu tak sabar nak tunggu sesi mengepam.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun bekerja buat keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa atas beberapa faktor. Faktor yang memerlukan kak sya sentiasa dekat dengan anak-anak. Bila dah jadi surirumah ni, memang tidak dapat lari dari perbualan orang, pergi belajar tinggi-tinggi, tapi jadi surimah je. Alaaa, ruginyer.

Tapi, itu hak mereka untuk berkata-kata. Bagi mereka surirumah ni tak de punca pendapatan. Semuanya bergantung kepada kewangan suami.

Mereka lupa, tidak semua surirumah hanya duduk dirumah jaga anak dan suami, lepak-lepak dengan jiran sebelah setiap petang. Borak2 pelbagai isu sekeliling. Yang kadang-kadang mengundang dosa juga. Sebab tanpa disedari kita dan mengumpat hal orang.

Tahun ni dah masuk tahun ke3 kak sya bergelar surirumah. Namun kak sya bukan ler duduk rumah goyang kaki je tau. Sebabkan dah biasa ada income sendiri, jadi walau duduk dirumah akan cari peluang untuk menjana pendapatan.

Sejujurnya seorang surirumah yang bekerja memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Masa kerja di pejabat dahulu, mental memang sangat penat sebab kerja bahagian akaun. Kak sya pula kena baiki rekod dalam sistem yang lintang pukang dari tahun 1997. Penat weeeiii. Sakit mata tengok angka. Balik rumah penat pula uruskan family.

Lepas semua dah tidur dan beres, letak je kepala terus terlelap. Sedar jam 5 pagi. Sesekali bangun jam 4 pagi semata-mata untuk lipat baju yang dah jadi gunung everest.

Tengah hari pula pecut kereta ambil anak sekolah. Balik rumah siapkan makanan untuk mereka dan berkejar semula ke pejabat. Tapi ada juga masa rehat dan santai makan goreng pisang lepas jam 4 petang sambil tunggu masa balik. Itupun kalau semua kerja dah siap. Kalau time frame nak hantar report, tak de makna nak rehat.

Apapun, badan sentiasa cergas dan mental tak de la rasa penat terlampau. Itupun selepas secara konsisten amalkan alfalfa. Suplemen Shaklee yang diyakini.

belajar tinggi-tinggi, tapi jadi surirumah

Namun, selepas menyandang jawatan surirumah sepenuh masa yang bekerja atau lebih femes ‘Working At Home Mother’ masa rehat tetap tidak dapat seperti pandangan sesetangah pihak. Ramai pihak berpandangan, wanita bila duduk rumah ni banyak masa rehat. Nak tidur bila-bila masa pun boleh.

No, no, no. Waktu siang memang tiada istilah untuk rehatkan badan golek-golek dengan anak. Kecuali masa menyusu sekejap. Lepas tu sambung buat kerja. Belum lagi yang semua makanan, jajan untuk anak dibuat sendiri. Ini untuk menjamin kualiti bahan yang diadun.

Tak masuk lagi nak kena layan customer nak order barang, nak packing barang, nak cod barang, nak pergi bank, hantar dan ambil anak sekolah. Semua surirumah tau yang buat. Sesorang je buat sambil jaga family.

Jadi perkataan ‘belajar tinggi-tinggi, tapi jadi surirumah’ untuk jaga keluarga saya sokong sepenuhnya. Tapi kalau boleh hutang belajar kena langsaikan. Sebab itu satu tanggungjawab. Masa tandatangan perjanjian dahulu dah setuju kan untuk bayar. Jadi kenapa bila dah tamat pengajian tidak mahu ikut apa yang dah janji dulu.

Tak kisah la bayar banyak mana walau sekadar RM10 setiap bulan. Sekurangnya kita dah laksanakan tanggungjawab. Namun bagi yang dah bekerja, apa kata spend 2-3 kali ganda dari jumlah yang perlu dibayar setiap bulan.

Kecuali suami memang berkemampuan, so itu tidak menjadi satu masalah. Kak sya alhamdulillah dah selesai hutang pinjaman. Dapat gaji, kak sya banyak spend untuk bayar hutang. Kalau ada rezeki dapat bonus, lagi banyak jumlah yang kak sya bayar. Sebab nak bagi cepat habis.

Sekarang ni walau dah jadi surirumah sepenuh masa, tapi dah tidak ada bebanan hutang. Kecuali hutang kereta. Yang ni hubby bayar, nama je guna nama kak sya. hehhee

Selain itu, ada yang takut untuk menghantar anak-anak kepada jagaan orang lain. Tidak kisah la di taska atau rumah orang. Sebab banyak kes kita dengar mengenai penderaan. Jadi walau belajar tinggi-tinggi, tapi jadi surirumah tetap menjadi pilihan untuk memastikan anak-anak terjaga dengan baik.

Tapi, seorang surirumah berpendidikan tinggi bijak mengambil peluang untuk menjana pendapatan. Mereka juga bijak dalam uruskan anak-anak dan keluarga. Tidak kurang yang bagus dalam membantu anak-anak dalam pelajaran.

Kesimpulannya, tidak kisah apa pilihan yang dibuat. Seorang ibu tetap hebat sekiranya mereka bijak dalam membahagikan masa.

Adeh, panjang pula karangan bm hari ni. Sekadar luahan pendapat sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge