Tudung kanak-kanak


Sepetang di Kuala Kemaman

Lama sungguh tak lepak2 di Kuala Kemaman. Angin pantai memang sangat best dengan pemandangan yang sangat cantik. Ramai family datang bersantai tambah pula setiap petang jumaat ada Pasar Malam. Apa lagi, shopping dan makan tepi pantai. Wahhh…memang best la kan.

Anak2 pun cakap, ummi..best la datang sini nanti nak datang lagi la. Alahai, sekarang ni jaga tokmi yang tidak boleh jalan dan uruskan diri seperti biasa. Nak kena jaga macam baby, jadi tak dapatlah nak datang selalu kat sini. Petang jumaat lepas pun, Alhamdulillah dapat jalan-jalan satu family apabila abang ipar singgah rumah. Boleh la tinggal kejap.

Siapa yang datang ke Kuala Kemaman, wajib beli bahulu ikan yang best di selekoh. Kalau dari bandar sebelah kanan. Nak bagi peta pun tak reti. Cuma nanti, mata tu tajam kan tengok sebelah kanan yea. Kedai dia bersambung dengan rumah. Memang sedap sangat, anak2 pun suka.

Tapi rezeki kami tak ada petang tu, bila dalam perjalanan balik kedai dah tutup. Maklumla dah jam 6.50 petang. Insya Allah lain kali ada rezeki, boleh beli sebekas. Stok seminggu terus kalau sempat. Biasa sebekas tu dalam 1/2 hari je.hehehe

Siapa yang penggemar keropok lekor tu kan…tajam kan pula mata sebelah kiri. Banyak kedai keropok lekor yang best. Kalau nak keropok lekor frozen yang sedap, cari papan tanda keropok Lekor INTAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge