Tudung kanak-kanak


Mudahnya Kerja-kerja Menggosok…Semudah ABC :)

Alhamdulilah, Iron Pihilip PerfectCare Aqua dah selamat sampai minggu lepas. Puas hati dengan performance. Kerja menggosok bukan lagi satu masalah. Sebelum ini bercinta nak menggosok baju. Kebiasannya akan pakai baju yang sama yang kurang kedutannya, dek malas sangat nak menggosok lagi-lagi jubah dan baju kurung cotton… :-p

Tapi sekarang, dengan bantuan Iron Philips PerfectCare Aqua dari Amway ni rajin dah nak gosok baju ni. Kalau baju kurung tu kan, sekejap je siap. Kenapa? Sebabnya saya akan lipat dua baju kurung tu dan gosok dengan kuasa steam yang power…secepat kilat lapisan bawah pun cantik je. Sekali lalu je iron tu, semua dah settle. Pastikan iron tu jangan cepat sangat jalannya, slow and steady je baru hasilnya cantik. Cuma last step bentangkan baju tu dan hanya perlu gosok bahagian tengah je, yea la tadi kita lipat dua kan.

Tak percaya? Jangan tak percaya…kena percaya juga. Tengok hasilnya dalam gambar di atas, ni sekali gosok je tau. Maaf la yea kualiti camera tak ok sangat sibuk dengan budak kecik. Susah nak fokus.

Mengapa Saya Pilih Iron Philips PerfectCare Aqua Amway

Cuma..kalau kain cotton tu kan, sekiranya anda jenis yang sangat cerewet pasti tidak akan puas hati sepenuhnya kalau gosok sebelah sahaja, mesti nak gosok di kedua2 bahagian untuk dapat hasil yang lagi baik. Tapi bagi anda yang sama seperti saya, tidak cerewet Insya Allah berpuas hati dengan hasilnya. 🙂

Dalam masa tak sampai pun 40 minit campur dengan sesi photography, nak tunjuk bukti kehandalan iron philip ni….semua baju ni siap gosok sepenuhnya. ^_^


Kalau tengok dalam gambar di atas, baju blouse warna hijau pucuk pisang tu kain cotton dan kedutan tidak hilang sepenuhnya namun boleh nampak la baju tu bergosok…for me dah ok sangat sebab baju ni bertahun tak bergosok. Dah bertahun juga la baju ni tak pakai, kes malas nak bergosok. Untuk hasil yang lebih baik, kain cotton macam ni seeloknya gosok dikedua2 bahagian.

Seluar dan baju sekolah serta uniform kokurikulum anak2 ni semua gosok bahagian atas sahaja. Pertama kali anak teruna ku pakai seluar sekolah ada side yang tajam. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge