Ragam Hari Pertama Persekolahan



Hari pertama persekolahan, pelbagai ragam dapat dilihat dari pelajar yang baru nak masuk alam persekolan samada tadika atau darjah satu.

Alhamdulillah, kak una tiada masalah. Siap lambai suruh ummi balik, seronok sangat dapat jumpa kawan baru tak macam kakak ira dulu2. Tahun pertama di tadika, 3 hari pertama persekolahan ummi kena tunggu dalam kelas sampai habis waktu belajar. Kemudian, setiap hari kena hantar sampai masuk kelas. 🙂

Hari pertama, bukan kak una yang meragam tapi adik umar. Ye la kan, lepas ni dia kena main sesorang je dah tak ada geng nak bergaduh lagi. ^_^

Punya la semangat nak ke sekolah, seawal jam 5 pagi bangun dan mandi. Tapi sebabkan saiz baju tak ada lagi, kena la pakai baju jubah warna pink tu. Umar pun main sama sekali jenuh kena pujuk ajak balik tak nak sebab kak una tak balik sama.

Sekolah tadika ni masuk jam 8 pagi dan balik jam 12 tengah hari. Balik je rumah, ummi tengah buat keje tak sedar pun entah bila dia dah lentuk atas lantai. Sian anak ummi…. 🙂

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge