Mengapa Saya Pilih Iron Philips PerfectCare Aqua Amway



Dah lama tengok kawan2 guna Iron Philips PerfectCare Aqua dari Amway, cam best je tengok kerja2 menggosok yang lebih singkat dan sangat mudah. Namun sebabkan harganya yang mahal, niat untuk memilikinya terpadam. Harga iron steam ni mencecah ribuan ringgit.

Akhirnya, tahun 2017 baru la terbuka hati nak beli 1 biji. Harga Iron Philips Amway ni kalau harga pasaran RM1590, harga ahli lebih murah RM1325. Untuk dapatkan harga ahli kena la daftar ahli. Jumlah keseluruhan RM1450 termasuk daftar ahli dan kos penghantaran. Dah dapat jimat RM140. Ada yang offer lagi murah tapi saya buat keputusan order dengan kawan yang dah lama kenal. Tolong biz rakan, tak de salah pun kan.

Satu sebab utama nak beli 1 unit Iron Philips ni kerana daku yang tersangat malas nak gosok baju. Rela pakai baju yang tidak gosok dek kemalasan yang maksima…tak pun ulang pakai baju yang sama, baju yang tidak bergosok. baju yang wajib gosok ada la kot 2-3 bulan sekali pakai. :-p

Sampaikan kakak boleh tegur kalau suami pakai baju kemeja yang bergosok bila bertandang ke rumahnya suatu masa dulu, “ai..rajinnya gosok baju kali ni…”…hahaha

Saya hanya akan gosok kalau kedutan dah beribu2…tu pun gosok bukan nak hilangkan kedutan 100%, cukupla sekadar 50% je pun dah ok…sbb ambil masa lama nak gosok…banyak side pulak tu….adeh..malasnyer…sila jangan ikut… 🙂

Alhamdulillah, Iron Philip PerfectCare Aqua Amway dah order pun semalam, Insya Allah dalam 1 minggu sampai la tu. Tak sabar pula nak guna. Tengok testimoni dari rakan2, ramai yang bagi testimoni kebaboom…best punya testimoni…recommended. Lagi la bersemangat ni. Kebetulan bulan ni dapat duit kutu, memamg rezeki tidak disangka. Main kutu bukan nak beli steam iron cam ni pun, saje je main nak buat saving kononnya, sekali saving untuk Iron Philips keluaran Amway ni. Perancangan Allah tidak siapa yang tahu kan. Alhamdulillah.

Tapi, sebelum buat keputusan beli Iron Philips Amway ni, survey dulu jenis2 lain dalam angkatan yang sama. Ada kawan beli direct us, harga lagi murah dalam RM800 je dah dapat sebiji tapi tak dapatlah Giant Iron Board khas untuk steam iron tu. Kalau beli yg amway ni dapat PERCUMA giant iron board yang bernilai RM399 tu. Jimat lagi, tak payah bayar duit minyak kereta pergi cari iron board.

Lepas beberapa kali survey, steam iron yang lebih kurang Philips amway ni tak de dah stok. Kebanyakan personal shopper us jual yang lagi murah, tapi suhu kena set manually tak secara automatik. Capacity water tank pun lagi kecik. Philips Iron Amway ni capacity water tank 2.5 liter. Banyak tu, dan kalau dibandingkan dengan capacity yang 1.7 liter yang ada dipasaran harganya jauh lebih mahal.

Lagi satu, untuk makluman semua termasuk diri saya sendiri la kan, Iron Philips Amway ni direka khas untuk edaran Amway sahaja tidak terdapat di pasaran malaysia atau luar Negara. Special gitu..sebab tu la juga stok iron kat hq amway selalu je sold out. Nasib baik dapat rembat juga sebiji. Bila dah rezeki kan tak payah nak risau2. Macam juga dalam perniagaan, kalau ada seller jual barang yang sama dengan harga yang lagi murah, tak perlu la melatah ke apa sebab rezeki masing2. Jadi apa yang kita boleh buat, jangan turunkan harga tetapi kekalkan harga yang kita jual sekarang cuma tingkatkan value dari segi layanan kepada customer dan service after sales yang tebaik.

Semoga selepas ni, dah tak de alasan ambil masa yg lama nak gosok baju…zasss…sepantas kilat baju siap bergosok…. 😉

Iron dah sampai nanti, saya review lagi. Masa tu saya pun dah secara rasmi berdaftar sebagai ahli Amway yang sah. Jadi kalau ada sesiapa yang ada budget lebih, nak dapatkan 1 unit Iron Philips PerfectCare ni kan..boleh la contact saya. Jom bersama saya buat kerja menggosok dengan lebih mudah, jimat dan effective.

Dah banyak celoteh ni, jom layan screenshot apa kata mereka mengenai Iron Philips PerfectCare Aqua Amway. 🙂

      


Teknologi yang tinggi di reka khas pada magic Iron Philips untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja menggosok pakaian buat para isteri mahupun keluarga. 😍😍😍

Pastikan anda mendapatkan model yang TEPAT iaitu Iron Philips PerfectCare Aqua bagi memperoleh kepuasan yang maximum.

Ya, hanya Iron Philips PerfectCare Aqua.

Direka khas dengan mempunyai tank water yang besar berbanding iron yang lain untuk proses steam berlaku dengan lebih kerap. Kuasa steam yang tinggi juga di tingkatkan agar gosokan baju tidak memakan masa yang lama.

Kelebihan lain magic iron Philips ini ialah :

1. 2 kali lebih cepat untuk proses menggosok.. (sangat sesuai untuk mummy yg ada masalah tak berapa gosok baju cam saya…. ^_^)
2. Tangki air lebih besar.
3. Lebih padat dan ringan.
4. Tidak memerlukan set suhu untuk pakaian yang berbeza.
5. 100% MUDAH, SELAMAT DAN CEPAT.
6. Boleh di gunakan lebih 3 jam masa penggunaan tanpa henti.
7. Pakaian tidak akan terbakar jika di biarkan pada waktu yang lama.
8. Sesuai untuk semua jenis pakaian.
9. Lebih penjimatan masa.
10. Mudah di bawa kemana sahaja.
11. Automatik suis terpadam dengan sendiri jika terlupa untuk menutup suis.
12. PERCUMA Giant Ironing Board.
13. PERCUMA penghantaran sehingga ke hadapan rumah.
14. WARRANTY 2 tahun(Malaysia).

Dapatkan sekarang dengan harga PROMOSI!

9 thoughts on “Mengapa Saya Pilih Iron Philips PerfectCare Aqua Amway

  1. titan February 3, 2017 at 2:03 am

    wokeh.

    bahaya ni kalau bini baca.
    titan recently posted..Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.My Profile

  2. Ummi Hanie January 30, 2017 at 1:29 pm

    wow… terbakor juge ni. hihi

    harus main kutu kalo nak iron ni
    Ummi Hanie recently posted..Nota akhir tahun 2016My Profile

    • syamila January 30, 2017 at 9:34 pm

      ramai yg main kutu…k sya pun main kutu…tp kutu cash ler…sebab rege yang mahal…sedebuk money keluar, mmg terasa sgt kecuali yg ada budget lebih… hehehe

  3. Aini January 30, 2017 at 12:21 pm

    Best sgt. Recommend la pada yg sdg mencafi gajet2 yg dpt memudahkan tgs2 seharian. Dr malas iron trs jd rajin.. hihihi..

    • syamila January 30, 2017 at 9:33 pm

      testimoni bagus ni….hihihi

  4. 1001 Petua January 29, 2017 at 9:12 pm

    nice review… rse trus brminat bile bce.. nk usha la nty.. hehe

    p/s : hi… sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. 😀 ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di http://www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. 😀

    • syamila January 30, 2017 at 11:23 am

      steamer iron ni ada bnyk jenis, boleh survey dapat beli ikut keperluan dan budget yg ada… 🙂

      tq sudi singgah, nanti sy terjah yea….

  5. Maria Firdz January 29, 2017 at 7:06 pm

    Menarik bila baca review tu.. tapi takpe la.. guna dulu apa yg ada.. ada rezeki lebih blh la grab juga satu nanti… Insha Allah…

    • syamila January 29, 2017 at 7:41 pm

      ada budget lebih nanti…boleh la sambar sebiji… Insya Allah 😉

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge