Tempahan Design



Tudung kanak-kanak


Dah lama tak ambil sebarang tempahan design. Rasanya bertahun kot. Rindu nak bermain dengan photoshop, tapi sebab kesibukan dan idea pun dah kelaut buat keputusan tidak ambil sebarang tempahan lagi.

Alhamdulillah, bulan lepas terima satu job dari mbkidz untuk buat sticker busy bag. Owner pula nak cepat, kena siapkan dalam masa 2 hari. Aduh, macam mana ni. Idea bukan datang mendadak macam tu je kan. Even professional pun memang ambil masa nak menyiapkan satu design walaupun yang simple sahaja. Satu logo ada yang mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

Namun, berjaya juga siapkan walaupun lewat sedikit dari masa yang diberikan. Ye la kan, dengan anak2 lagi bukan senang idea nak mencurah2 datang. Alhamdulillah, owner berpuas hati dengan rekaan  sticker. Syukur.

ppbg2

shbg2

Busy bag ni sangat bagus untuk aktiviti anak2. Belajar sambil bermain adalah proses pembelajaran yang sangat bagus untuk mereka.

Lepas siapkan yang ni, buat pula sticker untuk kawan. Tapi idea buntu, draft dan minta kawan komen apa yang nak tambah dan buang. Alhamdulillah bila kerjasama yang bagus antara 2 pihak, dapat la siapkan sticker logo yang simple ini.

jejarinestumieyra

Ada yang nak order jajan sihat jejari nestum, boleh la terjah fb #ieyrasaufi. Tapi untuk orang kemaman je tau. No delivery. ^_^


Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge