Susu Lebih Pekat dan Berkrim Waktu Malam



Tudung kanak-kanak


Susu ibu lebih pekat dan mengandungi lemak yang tinggi di waktu malam. Jadi sekiranya ibu2 inginkan anak yang montel boleh la menyusu dengan lebih kerap disebelah malam. Teknik menyusu posisi baring sangat digalakkan untuk sesi penyusuan diwaktu malam untuk bagi ibu selesa setelah bekerja seharian.

Kalau rasa lenguh dibahagian belakang, elok sangat letak bantal peluk di belakang. Insya Allah walau menyusu lebih 30 minit, ibu akan rasa selesa.

Waktu malam-pagi adalah waktu susu hindmilk iaitu susu pekat lebih banyak dari susu cair. Waktu tengah malam juga adalah waktu terbaik untuk buat power pumping. Seeloknya power pumping di buat antara jam 12 malam – 6 pagi.

Foremilk (susu awal)

Susu agak cair kerana mengandugi air yang banyak, mengandungi kurang lemak dan berperanan menghilangkan dahaga

Warnanya kehijauan atau kebiruan

Mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga laktosa untuk perkembangan otak bayi

Hindmilk (susu akhir/belakang)

Susu agak pekat kerana kurang air tetapi mengandungi lemak yang tinggi dan berperanan mengeyangkan bayi

Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’

Mempunyai kalori yang tinggi untuk memberi tenaga serta tumbesaran bayi

Mummy ingin kumpul stok susu yang banyak? Elakkan stress ditempat kerja dan jangan sesekali skip sesi mengepam. Niat dan semangat juga mesti kuat. Selebihnya jaga pemakanan dan jangan kurang minum air serta berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga perjalanan penyusuan susu ibu dipermudahkan. Amiin.

Mummy inginkan sokongan dalam penyusuan susu ibu? Boleh whatsapp saya di 0179322123 yea.

Happy Breastfeeding ^_^


One thought on “Susu Lebih Pekat dan Berkrim Waktu Malam

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge