Tudung kanak-kanak


Jadual Pemakanan Bayi yang PANAS!

Walaupun entri Jadual Pemakanan Bayi ditulis pada Januari 2015, namun sampai sekarang ramai yang masih melawat entri tersebut dan berkenan dengan jadual hasil kreativiti mama umar yang comel itu…^_^

Hahaha…perasan. Tapi memang betul pun, jadual ni memang sangat cantik disebabkan pilihan warna yang pelbagai dan icon yang comel dan cute. Seharian edit jadual ni khas untuk baby umar.

Apapun, sya dapat pelbagai soalan mengenai jumlah yang betul untuk diberikan kepada bayi masing2. Kebanyakan mereka kurang faham bagaimana untuk mulakan makanan pertama bayi.

Untuk makluman ibu2, terutama ibu2 baru yang masih belum ada pengalaman uruskan bayi. Carta dan jadual pemakanan bayi yang diberikan hanya sebagai rujukan sahaja. Tidak ada formula yang tepat mengenai jumlah yang sepatutnya diberikan kepada bayi.

Jadual Makanan Bayi 6 Bulan

Setiap bayi berbeza. Kita ambil contoh yang mudah, keperluan susu. Ada bayi memerlukan susu 12oz sahaja dari jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang dirumah pengasuh, namun bagi sesetengah bayi memerlukan 20oz dalam tempoh yang sama.

Jadi untuk memberikan makanan pertama kepada bayi, ibu2 boleh gunakan jadual yang diberikan sebagai rujukan asas namun penentuan berapa banyak jumlah yang bayi perlukan bergantung kepada bayi ibu2.

Pastikan makanan pertama bayi tidak dicampurkan dengan apa2 bahan perasa. Ikutkan orang dulu2, minta ditambah sedikit garam dalam bubur dengan alasan kesian bayi makan makanan yang tidak sedap.

Pemikiran ini sebetulnya adalah salah. Bayi masih tidak tahu bezakan rasa manis dan masin, sedap atau tidak. Jadi, peranan ibu2 untuk memberikan bayi merasa makanan tersebut dengan rasa yang asli.

Selepas setahun, ibu2 boleh mula tambah sedikit perasa ke dalam masakan namun dalam kadar yang sangat sedikit bukan jumlah yang dimasukkan dalam masakan orang dewasa.

Harap penjelasan ini dapat membantu ibu2 dalam memberikan makanan pertama kepada bayi masing2. Untuk dapatkan jadual yang comel ini, boleh drop komen di bawah atau terus email ke syamila02@gmail.com.

Baby umar sekarang dah besar pun, dah 2 tahun lebih. Makanan yang paling dia suka adalah buah2an. Sebab masa umur 7 bulan, setiap hari hanya bagi makan puri buah2an selama sebulan lebih. Bubur nasi mula berikan selepas umar dah nak masuk 8 bulan.

Kenapa sya perkenalkan lewat bubur nasi? Kerana ketika awal 8 bulan, nampak dia menolak untuk makan bubur lagi, lebih suka puri buah2an.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge