Tudung kanak-kanak


Cara Tebuk Lubang Pada Tiles/Marmar

Sejak ada set drill ni kan…senang nak tebuk lubang gantung macam2 yang ada dalam minda. Selalu tengok orang je buat, sekarang dah berjaya buat sendiri. Bermula la projek DIY bilik mandi yang dah lama ada dalam minda. Sebelum tu dah banyak kali tengok Cara Tebuk Lubang Pada Tiles/Marmar kat youtube.

Selama ni nak pasang tapi tak pandai nak buat….guna paku simen nanti rosak pula mozek. Tak terfikir langsung nak pinjam drill dengan abang ipar. Best juga kalau kat rumah ada satu set kan. Senang bila2 nak guna ambil je tak payah nak pinjam2.

Alhamdulillah, seronok juga main drill ni kan. Seronok bila hasilnya sangat bagus, smooth je lubangnya macam tak percaya je ku berjaya buat. ^_^

Caranya boleh tengok kat video dibawah yea…masa tengah tebuk lubang lupa nak snap step by step sebab teruja la sgt. Lepas dah siap pasang dalam 2 bilik air, baru ingat nak share step by step kat blog namun dah terlambat. Jadi share lubang yang dah siap je la yea. 🙂

Sesiapa surirumah yang dah ada set drill tapi takut nak guna sebab rasa tak pandai tu kan, baik la cuba guna. Senang je pun tak perlu guna tenaga yang kuat. Sebelah tangan drill pun jadi. Saya ni kalau nak buat tu nak cepat2, bila minta tolong suami lambat. Tabiat yang tak bagus dari dulu….tak sabar kalau nak buat sesuatu. Tapi tak de la dalam semua aspek. Agak2 rasa diri mampu buat tu, memang akan usaha la.

Tadaaa….siap akhirnya. ^_^

Tutorial banyak dalam youtube. Kena rajin cari je, mesti semua projek DIY menjadi dengan jayanya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge