Tudung kanak-kanak


Bunga Ros Jepun Terkini

Musim hujan ni, bukan senang bunga ros jepun nak berbunga. Biasanya meriah dengan dedaun sahaja. Nasib baik la 4 hari sebelumnya panas terik, sempat juga koleksi ros jepun ni bertunas. Ini adalah koleksi bunga ros jepun yang terkini.

Cantik kan. Meriah la juga dengan bunga-bungaan. Tak sabar tunggu musim panas kunjung tiba sebabnya pokok bunga ros jepun ni akan berbunga dengan meriahnya bila kena cahaya matahari yang terik.

Biasanya ramai guna baja kopi untuk tanam ros jepun ni, namun sebab baja kopi tak ada jadi sya gunakan aje baja tahi ayam. Baunyer boleh tahan tapi pokok ros jepun sihat je. Selepas beberapa lama, nak elakkan seranga makan daun yang cantik dan nak bagi daun gebu gebas, sya guna semburan baja organik. Memang menjadi tau, boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas disembur baja.

Baja seeloknya dibuat seminggu sekali pada waktu pagi atau petang. Lagi satu, jangan suka sangat siram pokok bunga ros jepun dengan air yang banyak sebabnya batang akan cepat rosak. Maklumla batang ros jepun ni lembut je bukan macam pokok bunga biasa sebab tu dia tidak memerlukan air yang banyak. Cukup sekadar melembabkan tanah sahaja.

Sebab itu juga, musim hujan ni letak semua koleksi ros jepun dibawah bumbung sahaja untuk elakkan terlebih air. Bila dah terlebih air, batang buruk dan terpaksa la buat proses menyemai semula.

Jom kita layan koleksi ros jepun terkini di taman mini depan rumah. 🙂

Comments

  1. Ummi Hanie says:

    ooo beli kat nursery yer…. hihii…

    hmm nis dah disable captcha tu kaksya
    Ummi Hanie recently posted..Sedihnya bila laman web digodamMy Profile

  2. Ummi Hanie says:

    meriahnya bunga2 kaksya…

    nis punya tak byk lg… nak juga tmbh koleksi.

    baja kopi tu dr serbuk kopi yg kita minum tu boleh ke
    Ummi Hanie recently posted..Nota akhir tahun 2016My Profile

    1. syamila says:

      bunga ni meriah sangat bila kena cahaya matahari…kalau bawah bumbung…alamak meriah dengan daun je ler… 🙂

      baja kopi boleh beli kat nursery nis…mana leh guna serbuk kopi yg minum tu… ^_^

    2. syamila says:

      nis…nape k sya tk blh komen kat blog ummihanie.com…captcha error… hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge