Tudung kanak-kanak


7 Hari Mencintaiku Full Episod

Awal2 episod dulu tengok la juga drama 7 Hari Mencintaiku, nak kata awal sangat tak ler sebab rasanya dah episod 7/8 macam tu la. Cari2 juga mana kaitan tajuk drama dengan jalan cerita. Hmmm, tak de la pula lepas 2/3 episod terus lupa nak tengok sebab waktu tayangan yang tidak sesuai.

Biasanya jam 7 petang masa yang sibuk dengan pelbagai urusan. Tak ada masa sangat nak layan drama ni. Lama2 tu kan datang pula minat nak tengok sebab suka tengok Siti Saleha. ^_^

Tapi tak de la tengok kat tv, tengok online je dengan anak2. Tak sangka pula anak2 dara ku pun minat sangat siap buat lakonan semula sesetengah babak yang menarik dan lucu… 🙂

Baru la tahu kaitan antara tajuk drama 7 Hari Mencintaiku dengan jalan cerita drama. Geram tengok ibu Khuzairi tu kan. Suka tengok watak Pak Samad dan adik bongsu Khuzairi.

Tak sabar pula tunggu episod 26 malam ni. 😉

Nak tengok drama 7 Hari Mencintaiku Full Episod secara Online? Jom klik link di bawah.

Sinopsis drama

Drama 7 Hari Mencintaiku mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia.

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati.

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Credit to http://www.kbergetar.com/2016/11/drama-7-hari-mencintaiku-lakonan-shukri.html#ixzz4TMoOVAf2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge