Kenapa Bayi Tidak Kenyang?



Persoalan seperti kenapa bayi tidak kenyang lepas menyusu susu ibu selalu diutarakan oleh ibu baru. Kebiasannya mereka risau, di awal2 kelahiran bayi hanya minum sedikit susu ibu dan terus tertidur. Pada fikiran mereka, menyusu dengan kadar yang sedikit adalah tidak mencukupi dan beranggapan bayi tidak kenyang atau tidak dapat susu ibu yang secukupnya.

Sebab itu ramai antara mereka tewas diperingkat awal tanpa ilmu yang mencukupi dengan memberikan susu formula. Kebiasaanya susu formula tekstur tidak sehalus susu ibu dan sememangnya ia mudah mengeyangkan bayi. Namun susu formula akan memberi kesan negative kepada sesetengah bayi. Susu formula juga lambat hadam. Dengan minum susu formula, perut bayi terlalu penuh dan bila keadaan ini berlaku bayi akan mengantuk dan tidur. Sebab itu ibu2 mengatakan bayi lebih kenyang dengan susu formula.

Pemahamanan ini ternyata sangat tidak benar. Seperti kita, kalau makan terlalu kenyang badan akan rasa malas nak bergerak dan mengantuk. Sama juga dengan bayi.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Perut bayi terlalu kecil diperingkat awal. Sehari selepas kelahiran, perut bayi hanya sebesar sebiji buah ceri. Kecil sangat kan. Jadi kalau dah bagi susu formula biasanya ibu berikan 1oz, agak2 penuh ke tak perut bayi tu.

images

photo_2016-11-17_05-34-59

Untuk mengetahui samada bayi kenyang atau tidak, adalah dengan melihat berapa kali dia kencing dan berak. Ibu juga boleh melihat berapa kenaikan berat bayi setiap bulan. Jangan andaikan bayi menangis sebab susu ibu tidak mencukupi sahaja. Bayi menangis banyak sebab. Kadang2 bayi menangis sebab inginkan pelukan ibu.

Gambarajah yang dikongsikan hanya sebagai panduan. Setiap bayi berbeza dan kadang2 bayi memerlukan susu yang lebih banyak. Namun jangan risau, sebab susu ibu mudah hadam. Berapa banyak pun bayi minum, susu akan cepat mudah hadam dan selepas beberap lama bayi akan lapar dan ingin menyusu kembali.

Suplemen IBU MENYUSU yang patut ibu tahu

Susu ibu juga akan lagi banyak dihasilkan sekiranya bayi kerap menyusu. Ransangan dari bayi akan memberi signal kepada otak untuk mengerah pori2 susu supaya menghasilkan susu yang lebih kerasa bayi memerlukan susu yang banyak.

Sebab itu, sekiranya ibu bekerja, ibu wajib gantikan sesi penyusuan dengan sesi mengepam, Ini untuk memberitahu kepada kilang susu yang walaupun bayi tidak ada, kilang masih perlu memproses susu ibu.

photo_2016-11-17_05-35-26

Selepas 9 bulan berada dalam perut ibu yang nyaman dan tidak bising, namun selepas dilahirkan dengan mudahnya ibu meninggalkan bayi di atas tilam yang cantik. Tilam yang cantik macam mana pun tidak setanding dengan dalam dakapan ibu. Bila dalam dakapan, bayi dapat mendegar degupan jantung dan kehangatan serta bau ibu seperti ketika dalam kandungan.

10 Cara Banyakkan SusuBadan

Sebab itu juga sesetangah bayi suka menyusu dalam masa yang lama sehingga 1 jam seperti my boy. Dia bukan menyusu sangat pun, saje nak ummi peluk. Hehehehe

Lenguh bayi menyusu lama? Cuba cari posisi yang selesa untuk ibu dan bayi dan minda sentiasa positif serta selalu mohon dari Allah untuk membantu. Insya Allah perjalanan penyusuan susu ibu akan dipermudahkan.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge