Tudung kanak-kanak


Hotel Budget yang Selesa, Tapi….

Alhamdulillah, percutian singkat tanpa dirancang ke kuala lumpur untuk menemani suami selamat. Walaupun tidak sempat ke tempat yang sepatutnya untuk bersantai dengan anak2 sebabkan hujan turun dengan lebat, namun penginapan kami cukup selesa walaupun sedikit sesak. Hotel ni memang dalam budget kami, selesa tapi keluasan bilik yang tidak seperti digambarkan. Namun first view memang menarik dan tertarik.

338518_15081808330034470755

Silap kami sebab tidak intai betul-betul. Nak cepat kan, biasa la macam2 hal terjadi. Dalam masa 4 jam nak tempah hotel, nak uruskan anak2, siapkan makanan dan pakaian…faham2 je la kan. Suami memang dah carikan guna booking.com, namun kebiasaan ketika nak booking sya akan tengok details kot2 ada yang terlepas pandang. Tidak kali ni, tengok view ok, review good, harga ok terus klik book. Settle.

Sampai destinasi, pemandangan memang bagus. Bersih dan lokasi mudah dijumpai. Anak2 pun dah tak sabar nak masuk bilik..penat dah bergaduh dalam kereta, masa untuk sambung dalam bilik pula sambil golek2… ^_^

Smile Hotel Wangsa Maju
36, Jalan Metrowangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Malaysia

338518_15091514000036015905

Masuk bilik, suami buat muka kelat. Bilik sempit la sangat sampai kan nak jalan pun kena sengetkan badan. Maklumla badan suami macam pak arab. Tapi ruang untuk solat ok. Ala, ok la ni sebab bilik bersih dan paling penting bilik air pun ok keluasannya dan juga bersih. Bersih itu penting.

338518_14111014370023268418

338518_15081808330034470759

Staff mesra dan cepat kalau kita perlukan khidmat mereka. Telefon je, zassss dorang hulurkan bantuan. Cumanya nak telefon tu kena pakai baju cecantik sebab telefon di luar bilik. Ok la tu tak de la si kecik umar main telefon. Kebiasannya ada telefon dalam bilik, sya cabut wayar sebab dia suka sangat main telefon. 🙂

Sampai hotel dah jam 8 malam lebih. Lepas mandi makan nasi yang bawal bekal, umar dah lena. Sebab nasi tinggal sedikit, jadi suami keluar dengan abang dan kakak cari makan. Tinggal la kami bertiga, sempat la juga tonton telemovie Aku, kopi dan dia…rasanya la…lupa pula tajuk sebenar :-p. Dah lama tak layan tv, masa2 cam ni la layan tv jap.

338518_15081808330034470788

Overal, sya bagi 7 bintang. Parking senang, cari makan pun senang, signal wifi pun bagus dan berbaloi untuk nilai wang RM119 untuk Triple Room. Tidak perlu bilik besar pun sebab bukan nak bertapa kat dalam tu, hanya untuk rehatkan diri sebelah malam sahaja. Siang penuh dengan aktiviti bersama family kan.

Deposit pula hanya RM20 sahaja. Ok la kan. Cuti2 sekolah ni, sebelum ke destinasi baik book hotel awal2. Sya banyak book hotel guna Booking.com. Sesekali baru cari guna Trivago. Mana2 pun ok, janji boleh jimat masa cari hotel dan jimat wang.

Selamat Bercuti 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge