Cara nak kembalikan Susu Badan



Pam-pam keluar angin…pam-pam keluar angin lagi. Alamak, acaner ni? Hmmm…ok2…lepas 2 jam kita pam pagi. Kemudian., pam-pam angin juga yang keluar…ops…masih lagi tengah usaha untuk kembalikan susu badan yang kering.

Be Positive, tak payah fikir macam-macam. Lepas 2 jam kita pam lagi. I can do it. Insya Allah. Ni sahaja cara untuk kembalikan susu badan yang kering. Walaupun ketika mengandung masih menyusu kak una yang 2 tahun, tapi dari kandungan ke 5 susu dah mula kering sebab ummi alahan yang teruk. Selepas bersalin, baby pula terus masuk inkubator.

Namun ku tak mudah patah semangat, minda sentiasa positif dan sentiasa doa yang terbaik untuk kami berdua.

Kenapa ESP Dapat Bantu Merangsang Susu IBU

Pagi dan sebelum tidur wajib bancuh segelas ESP denga MILO dan makan 3 biji kurma. Air minum setakat yang termampu. Maklumla baru bersalin, lum kuat nak ulang alik bilik air. Lagipun malam2 takut nak kebilik air sesorang…hehehe

Akhirnya lepas konsisten pam setiap dua jam, walaupun ibu lain sedang lena tidur sya bangun ambil pam dan mengepam. Masa tu tak fikir pun letih ke, mengantuk ke…automatik je bangun bila dengar jam loceng dan mengepam. Siap pam sambung tidur. Jam 7 pagi nurse buka langsir dan tanya pagi ni ada susu tak lagi nak bagi baby. Selamba la jawab tak de lagi walhal masa tu tengah mengepam. Tapi bila tengok botol susu, eh…ada la susu…masa tu nak lompat pun ada….hehehehe

lattebluurb0fz7

Senyum je nurse tu…siap pam terus bagi susu yang dapat dalam satu sudu kecik je kat baby. Sian baby dah 2 hari minum susu formula. Jam 10 pagi hari ke3 baby dah boleh keluar inkubator dan mulai saat itu terus menyusu sampai sekarang dah 2 tahun 4 bulan.

13230272_790428107758359_5222079103186086595_n

Alhamdulillah

Susu langsung tidak keluar sebab tiada rangsangan. Baby keluar je terus masuk inkubator. Ummi pula lupa bawa pam. Minta hubby bawakan dia pun pening uruskan k una yg baru 2 tahun, kerja lagi, mil lagi. So ignore je la hari pertama. Hari kedua baru minta hubby hantarkan pam susu.

Jadi, cara untuk kembalikan susu badan adalah dengan dapatkan makanan penuh khasiat serta teruskan rangsangan. Minda pula sentiasa positif dan fokus, berdoa dan bertawakkal. Insya Allah.

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge