Tudung kanak-kanak


Cara Mudah Ajar Anak PooPoo Ke Tandas

Kalau buat carian, mesti ramai yang kongsi pelbagai cara mudah ajar anak poopoo ke tandas kan. Namun sya ada cara yang tersendiri ajar kak una dan adik umar seawal usia 2 tahun yak ke tandas. Cuma untuk peepee (kencing) guna pendekatan berbeza la sket. Kena pasrah basuh yang tercicir tu….hehehe

Usaha pertama untuk poopo ke tandas adalah belikan tempat duduk baby cam bawah ni…apa eh orang panggil…dah lupa…ops….rujuk gambar je la yea…adalah dengan melihat bila masa dia tengah poopoo tu. Masa tu cecepat angkat ke bilik air dan letak atas tandas. Masa ni biasa dia meronta-ronta nak keluar, ye la kan lagi best poopoo dalam pampers sebab boleh bergerak bebas dan jadikan tandas dimana2 jua tempat yang strategik…ummi sanggup tahan bau untuk ajar anak poopoo ke tandas…

t_tc_potty_training_am

Ummi kena peluk kuat2 sampai la dia berjaya poopoo. Masa tu puji la sket bagi dia rasa gembira… ^_^. Biasa lepas 3 kali buat je, anak dah pandai ajak ke tandas. Walaupun umar boleh bercakap ketika usia 2 tahun, namun dia boleh bagitau bila nak ke tandas dengan cara tarik baju ummi dan ajak ke tandas…dengan bunyi…ayok…ayok [dialek ganu kite..;-)]

Untuk ajar peepee ummi belum bersedia lagi sebab tengah jaga mil yang sakit tidak boleh bangun juga kena uruskan seperti baby pakaikan pampers dan sebagainya. Kebetulan umar tengah tercicir peepee, ummi tengah mandikan mil, haru jadinya…

Jadi, biarkan dahulu. Kebiasannya persediaan awal telah pun dibuat dengan cara kalau dia mandi wajib minta dia peepee. Bila berjaya peepee, puji “wahhh…pandai nya umar kencing…jom basuh”. Nak bagi kefahaman peepee bagus kalau di dalam tandas.

Bila nampak umar dah bersedia baru boleh ajar. Biasa tahu dia dah bersedia bila bangun pagi pampers kering. Masa tu baru boleh mulakan langkah seterusnya untuk potty training. Kak una dulu ambik masa 3 hari juga baru berjaya sepenuhnya.

Apapun, pelbagai cara mudah ajar anak poopoo/yak ke tandas yang kreatif boleh digunakan untuk ajar anak poopoo atau peepee di tandas. Pilihan ditangan ibu2 untuk guna yang mana mengikut kesesuaian. Tidak ada cara yang salah, semua betul cuma pendekatan je yang berbeza.

Biasanya ibu2 dah mula ajar poopoo/peepee di tandas bila anak dah mula bercakap. Kiranya masa ni dia dah bersedia untuk langkah seterusnya.

Ada ibu suka guna alatan seperti di bawah, bila nak poopoo je anak akan angkut tempat yak dia ni ke sudut yang dia selesa. Yak/poopoo la dia kat situ namun pampers masih pakai. Ok la kan nanti dia pun faham nak yak nanti kena buang lampin.

potty-training

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge