Tudung kanak-kanak


Sarang Lebah Kelulut

Sekarang ni kan femes produk madu dari Lebah Kelulut…memang banyak khasiat kalau rajin amalkan madu ni…sejak dari dulu lagi, amalan minum madu awal pagi ketika perut kosong membantu memberikan kesihatan yang lebih baik…

Di rumah maya SyamilaMohd.Com ni pun dah banyak sarang lebah kelulut ada…hehehe…lama tul tak update…bukan takat lebah buat sarang, labah-labah pun ambil bahagian sama…

Bukan tak nak update, kadang ada info nak share..tapi sebabkan notebook rosak…cepat panas dan tak sampai 5 minit, automatic off…terpaksa batalkan…update guna phone pula problem sebab nanti blog tak boleh nak access…blank terus…terpaksa masuk cpanel dan rename folder plugin…

Tak tahu apa masalahnya…malas pula nak fikir dan siasat..biarkan je..maklumla bila dah ada anak 4 ni…tak de masa nak mengadap komputer cari punca.

Alhamdulillah, sekarang dah dapat bersihkan rumah dari sarang lebah dan sarang labah-labah….hasil dari tolong kawan buat kerja2 yang berkaitan dari jauh…Johor – Kemaman….dapatla sedikit income…sambil2 layan anak dan uruskan keluarga….dapatla beli notebook baru khas utk buat kerja2 yang berkaitan…tapi harta syarikat la kiranya..sebab bos sponsor…apapun bos aka my best friend sejak 20 thn lalu memberi pelepasan untuk menggunakan buat2 kerja peribadi… ^_^

Siapa kata suri rumah tidak ada income…ada juga tau kalau rajin cari peluang….usaha tangga kejayaan….bila ada income sendiri dari rumah ni…boleh la beli apa yang diidamkan….kerap la en posman dtg hantar barang…abang gdex go shop dan abg pos laju la yg femes dtg rumah…rajin bebebor….hehehe

Terlajak tajuk Lebah Kelulut, jom la kita berkenalan dengannya…jom

Apa Itu Lebah Kelulut?

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Lagi info boleh ke >>> http://www.encikshino.com/cara-menternak-lebah-kelulut/

cara-topping-sarang-kelulut-di-rumah

Ni la rupanya sarang lebah kelulut…dikatakan madu lebah kelulut dapat atasi masalah penyakit kanser, diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang, mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge