Tudung kanak-kanak


Tempahan Kek Aidilfitri

Alhamdulillah…hari ni dah 24 hari umat Islam berpuasa. Bahang Aidilfitri pun dah dirasai terutama mereka yang diperantauan yang tak sabar nak balik beraya dikampung halaman. Tahun ni saya pun tak ambil tempahan banyak untuk Kek Karamel Pelangi seperti tahun sebelumnya disebabkan kekangan masa.

Apapun, alhamdulillah akan siapkan tempahan kek pelanggan yang setia. Tiap tahun mesti tempah kek dengan Syamila Sweet Bakery…katanya sedap… ^_^

kek karamel coklat moist kek karamel pelangi

Insya Allah, 3 hari sebelum raya akan mulakan projek Kek Karamel Pelangi, Kek Karamel Coklat dan Kek Marble yang akan menemui tuannya pada malam raya nanti. hmmm…penuh la peti ku nanti…hehhe

Peti ni asalnya khas untuk simpan stok susu ibu 3 tahun yang lalu, masa tu kan kerja, so kena la simpan stok untuk bekal anak ke rumah pengasuh. Sekarang dah surirumah sepenuh masa, direct feeding sahaja ler..tak payah nak simpan stok beku dah..lagipun baby umar yg setahun 11 bulan tak nak minum susu dalam botol…katanya direct lagi best…hehhee

Semalam buat Kek Marble Oren, anak2 suka sangat sebab memang tak pernah buat sebelum ni. Tanpa pewarna oren, jadi warna oren tu tak nampak…hanya guna parutan kulit oren dan Sunquick. Sedap sangat rasa masam oren dan keenakan coklat. 🙂

Kek Marble Orange Kek Marble

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge