Tudung kanak-kanak


Cuci Aldo Compatto

Dah setahun berlalu, akhirnya semalam baru berjaya cuci sepenuhnya setiap bahagian stroller Aldo kepunyaan umar. Lama ambil masa sebab sebelum ni tak tahu nak tanggalkan bahagian yang utama.

Kebiasaannya hanya tanggal dan basuh bahagian A & B sahaja seperti dalam gambarajah dibawah…tapi bila bahagian bumbung dah kotor…tali pun rasanya dah berbintik2…nasib baik warna gelap…tak nampak…hehhee…cuba la juga usaha dan fikir macam mana nak buka…

aldo compatto

Buku manual dah hilang entah kemana…apapun selepas beberapa lama cuba…akhirnya berjaya…rupanya senang la sangat nak cabut dan pasang…. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Siapa suruh tak simpan elok2 buku manual…kan dah bermasalah…yang senang dan simple dah jadi kalut…hehehe

Semua dah siap jemur dan siap dipasang semula…semudah ABC….kalau stroller anakku dulu…penat nak cabut dan pasang sebab ada skru merata tempat…tapi kena juga buka dan basuh..tak kan nak biarkan alas stroller dan setiap bahagian tu kotor..sikit2 tu boleh je lagi dibiarkan…bila dah tak nampak rupa asal….memang tak la…

cuci aldo compatto

Berbaloi pelaburan RM699 dulu…harga dahulu kala la…sekarang dah murah sikit dan ada brand apa ntah hanya rm399 sahaja…tapi ada review ianya tak berapa stabil…jadi ibu bapa kena jaga elok2 masa bawa baby…

Stroller ni memang guna setiap kali ada pasar malam…tapi bukan tolak baby umar, kak una yang duduk…senang dan cepat…bawah tu boleh la letak makanan…tapi stroller seperti ni tidak sesuai untuk letak barang banyak2 yea…sikit2 dan ringan2 tu boleh la…apapun sangat sesuai untuk heavy duty

Bab tolak stroller tu yang best…sebelah tangan tolak kak una yang 16kg elok je…smooth je…sebelah lagi bawa makanan yang berat…selesai masalah shopping dipasar malam

Baby umar? biasa ditinggalkan atas kereta dengan tok umi dan kakak…tapi bila dah besar ni nak ikut sekali…jadinya baby umar atas stroller sambil makan keropok, kak una tepi stroller….lambat la sikit ummi shopping…[wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Jadinya, pembelian stroller ni bukan sekadar untuk tolak baby aje yea….ianya untuk multipurpose…kak una boleh duduk, baby umar pun boleh tak pun beg atau barang duduk atas tu…[wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Comments

  1. Azwan says:

    Stroller pertama saya beli, yang murah je, pakai la sekejap.. lepas tu lunyai. Saya beli yang mahal sikit, sampai anak ketiga masih boleh guna walau dah lusuh sikit. tapi tak de part yang patah atau bengkok. Barulah faham apa yang orang kata alah membeli menang emmakai tu.
    Azwan recently posted..Logo Ambigram Terbaru http://www.azwans.comMy Profile

    1. syamila says:

      betul tu…stroller pertama beli tahun 2004..sampai skrg masih elok…sebab bulky sgt…so bg ke anak saudara….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge