Tudung kanak-kanak


Resepi Puding Karamel Gula Hangus

Lama tak masak Puding Karamel…semalam pergi bakery kakak nampak strawberry…terus request nak beli…ummi belikan je la sebab dia memang suka makan…dalam kereta baru terfikir nak masa Puding Karamel Gula Hangus

Puding Karamel ni memang kegemaran kami…sebabkan air gula dah manis jadi gula dalam puding dikurangkan…manis juga tapi ok la sikit…sesekali nak makan kan…

Gabungan masam strawberry dan kemansinan puding tu yang buatkan ramai yang suka termasuk la anak dara ku ni….

Nak buat Puding Karamel ni simple sahaja…sangat mudah..semudah ABC…kena rajin je…

puding karamel gula hangus

 

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Sedap

Loyang 7″
Panaskan oven 160’c

 

Karamel :
– 5 sudu besar gula
– 2 sudu besar air

>> masukkan gula dalam loyang atau kuali non stick, masak sehingga gula cair keperangan
>>> dah cair sepenuhnya, masukkan air dan biarkan sampai sebati..tak de ketulan lagi
>>> kalau guna kuali, tuang karamel ke dalam loyang
>>> sejukkan

 

Puding :

4 biji telur
3 sudu besar gula
1 tin susu cair atau 200ml susu segar
sedikit serbuk esen vanila

>> kacau semua bahan sebati guna whisk
>>> kacau slow & steady…jangan sampai berbuih
>>> tuangkan adunan kedalam loyang karamel
>>> bakar puding dengan suhu 160’c selama 45 minit atau sehingga masak

 

Selamat Mencuba … [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Comments

  1. Datin Sitie says:

    Menarik dan menyelerakan pudingnya.
    kalau tambahkan kuning telur dalam resepi pudingnya, lagi sedap.
    Datin Sitie recently posted..Panduan Bisnes Buat Cupcake Kek Cawan Dari RumahMy Profile

    1. syamila says:

      Ye ke….nanti blh cuba…tq for tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge