Tutorial Setting Weight Based Shipping Opencart



Sebelum ni rasanya Weight Based Shipping extension adalah percuma…pos laju pun ada kalau tak silap…tapi dah lupa sebab dah lama…yang pasti, cara setting adalah sangat senang….

Tutorial sebelum ni menggunakan syamilamohd/kedaionline…namun web shopping tersebut telah terkubur disebabkan beberapa masalah…akhirnya ku merajuk….nak login tak boleh..dah tukar pass di cpanel…namun tidak juga berjaya…link untuk reset juga hilang…last2 keluar error…langsung delete…senang….

Dua minggu lepas, setelah berfikir panjang….saya mulakan semula projek Web Online Shopping….kali ni menggunakan own domain…www.ummienbaby.com.

Banyak rupanya dah berubah…view opencart versi baru lebih menarik…cantik dan kemas…
Penat juga edit..sebab walaupun dah pernah setting dan ada pengalaman…function baru buat kan kena focus lebih…try and error…salah satu aktiviti yang paling ku suka….

Bila nak setting weight based shipping….blurr….tak tahu nak mula macam mana…nasib baik uncle google ada…search je setting weight based shipping opencart…terus jumpa tutorial mudah.

Walaupun nak set ambil banyak masa….leceh la juga…namum ia tetap sempurna…..yang penting…zero kos…weiiii

Tutorial dan tips opencart ni banyak versi English…malay punya tak jumpa….sebab guna kata kunci pun dalam english…camne nak jumpa…. :-p

http://www.opencartnews.com/tutorials/how-to-use-opencart-weight-based-shipping-for-multiple-flat-rates/

weight based shipping7
Kerja dah selesai…hasilnya seperti diatas.…tapi kena banyak sabar masa nak setting…ada 16 buah negeri dalam Malaysia…kena setting one by one….hanya dibahagian Geo Zone…kiranya Geo Zone ni kita create service provider yang kita inginkan dan untuk penghantaran dalam Malaysia serta sabah/Sarawak
Jadi untuk setiap courier service seperti pos laju, anda kena create 3 Geo Zone.

Pos Laju Semenanjung Malaysia
Pos Laju Sabah
Pos Laju Sarawak

Courier service yang lain biasanya create semenanjung sahaja sebab ke sabah/sarawak kos mahal. Penghantaran ke sana kebiasannya guna Pos Domestik…jimat kos…kecuali pelanggan nak barang cepat, kena pilih Pos Laju.

Nak setting bahagian semenanjung tu yang leceh..kena create setiap negeri…tapi takpe…penat hanya sekali. Sebab tu mereka yang menyediakan service bina web online shop ambil fee yang mahal…kalau opencart kebanyaka extension adalah berbayar dan setiap satu harga rm80 ke atas…

 

Jom ikuti tutorial bergambar dibawah….

Step 1 : System > Localisation > Geo Zones

weight based shipping1

 

 

 

Step 1.1 : Mulakan create Zone…yang ni penting kerana kos penghantaran semenanjung dan sabah/sarawak adalah berbeza. weight based shipping2

Step 1.2 : Kena la klik satu persatu untuk create kos untuk Pos Laju Semenanjung, siap boleh SAVE. Kemudian buat lagi satu guna step yang sama create kos untuk Sabah/Sarawak pula.
weight based shipping3.1

Alhamdulillah…dah selesai buat kos penghantaran Poslaju untuk Semenanjung dan Sabah/Sawarak.weight based shipping3

 

Step 2 : Extensions > Shipping > Weight Based Shipping > Editweight based shipping4

Step 2.1 : Pilih semua courier services yang create tadi termasuk General, bahagian Status pilih Enabledweight based shipping5
weight based shipping6

 

Step 3 : Boleh la isikan fomat Rates dalam kotak yang disediakan dengan menggunakan format Weight(maximum weight) : Price

Contoh dalam gambar adalah tidak betul, saya pun pening kejap….lepas berfikir panjang baru berjaya…hehheehe…boleh rujuk gambar di bawah untuk rujukan.

Untuk dapatkan Rates boleh ke laman web Pos Laju atau pergi sendiri ke courier services yang anda pilih dan minta rates terbaru dari staff yang bertugas.

weight based shipping8

 

Siap…. senang je kan….saya ambil masa beberapa jam nak jumpa cara setting Weight Based Shipping…huhuhu

Tadaaaa….ops….tak sama dengan tutorial…tak pe la….konsep sama je…title je yang lain…hehehe

 

weight based shipping7

 

Sekian sedikit tutorial yang saya sempat kongsikan. Ada kelapangan saya akan kongsikan yang lain. Anda boleh email ke syamila02@gmail.com jika ada permintaan untuk tutorial yang diingini. Janji extension adalah yang PERCUMA…yang berbayar boleh…anda kena la bayar dahulu harga extension tersebut untuk saya install dan edit…

Sebenarnya semuanya tidak susah kalau nak buat sendiri…antara keinginan dan kemahuan dan miant sahaja…sebab tutorial untuk bina web opencart ni terlalu banyak….boleh baca sendiri di forum opencart..pelbagai persoalan dapat diselesaikan walaupun masih ada yang tidak berpuas hati.

Sekian.

4 thoughts on “Tutorial Setting Weight Based Shipping Opencart

  1. rozie November 2, 2015 at 6:47 pm

    rates die tu cmne nak kira…?

    • syamila November 3, 2015 at 12:16 am

      Rates tu boleh dapatkan daripada courier services yang anda pilih. Format Weight:Price

  2. Zie Fauzi October 28, 2015 at 2:51 pm

    ermmm..kak sya.. tq share tutorial ni….mcm nak kena edit balik wbsite zie tu.. terabai lama sgt
    Zie Fauzi recently posted..Persediaan Untuk Berpantang SendiriMy Profile

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge