Tudung kanak-kanak


Puding Roti Sos Kastard

Tengok kawan post Puding Roti dengan Sos Kastard…rasa sedap je…jadinya petang tadi cuba buat…

Cara nak buat puding roti ni simple je..kacang je..campak-campak…siap…hihihi

Bila dah masak…tekak ku tak dapat nak terima….tapi hubby dan mil kata sedap…ok ler tu..tak de la membazir nanti….sebab saya dengan anak-anak tak boleh nak makan dan habiskan…

Alhamdulillah…lepas ni boleh buat lagi..tapi bukan untuk saya makan…buat khas untuk hubby dan mil….sebab mereka sangat sukannya….

Ada ke yang nak cuba resepi ringkas dan mudah ni…jom scroll ke bawah

 

image

 

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard

Puding

  • 1 tin Susu Cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • 6 keping roti –┬ápotong ikut suka…

sekotak kecil kismis

Cara-caranya

  • Masukkan kesemua bahan kecuali roti…gaul rata…tak perlu la pukul2 sampai kembang yea
  • Sapukan loyang dengan butter….roti juga boleh sapukan dengan butter…susun atur roti dalam loyang…
  • Susun ikut step roti, roti…kismis…roti, roti…kismis…kemudian curahkan adunan tadi….
  • Tekan roti dengan belakang garfu untuk pastikan semua roti tenggelam
  • Bakar dengan suhu 180’c selama 45 minit atau sehingga masak.

image

Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (guna tin susu tadi)
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit esen vanila
  • 3 sudu besar kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau rata
  • Masak atas dapur dengan api perlahan sehingga kuah pekat ikut yang diingini
  • Ada yang suka pekat, ada yang tidak…jadi…buat ikut selera masing2

Selamat Mencuba

*terima kasih kepada puan noor kerana sudi berkongsi resepi…minta halalkan sebab ku dah edit resepi asal… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge