Tudung kanak-kanak


Kenapa Perlu Hina Pekerjaan Cikgu

Pekerjaan dalam bidang perguruan adalah salah satu kerja yang murni yang tidak semua mampu menggalasnya. Tanggungjawan seorang guru tidak la senang seperti yang kita bayangkan.

Bayangkan seorang cikgu mampu mengawal 30 orang pelajar dalam kelas yang mana seorang ibu selalu bersungut kepenatan melayan karenah anak yang tidak sampai pun 5 orang.

Ada juga ibu yang bekerja memberi alasah untuk tidak berhenti kerja dengan alasan tidak sanggup untuk menjaga anak-anak seharian dirumah.

Jadi cuba bayangkan pekerjaan seorang cikgu…bagaimana mereka sanggup berhempas pulas mengajar anak-anak dan mencungkil bakat yang mereka ada. Tanpa cikgu takkan ada seorang doctor, jurutera, arkitek, juruterbang, angkasawan dan pelbagai jenis jawatan dan pekerjaan.

Sekarang ni heboh dengan status seorang hamba Allah yang kecewa … sanggup menghina pekerjaan seorang guru dan taraf pendidikan mereka. Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang diperkatan boleh search kata kunci Fer Naz di facebook.

Ini adalah antara maklum balas dari seorang cikgu.

hina cikgu

Selepas ramai tidak puas hati dengan status Fer Naz, muncul seorang kawan yang memperkatakan kenapa status tersebut muncul.

Harap Fer Naz jangan lagi memperkecilkan sesiapa dan apa taraf pendidikan mereka kerana kita semua tidak sempurna. Kita saling melengkapkan untuk terus mengharungi kehidupan atas muka bumi yang semakin menuju ke hari pembalasan.

hina cikgu2

Jerebu masih lagi tidak reda, antara tanda akhir zaman ialah apabila asap keluar dari bumi menutupi seluruh pemandangan.

Mari kita sama tingkatkan amalan kehidupan sebagai bekal ke akhirat. Beramal seperti esok kita akan mati dan bekerja seakan kita akan hidup seribu tahun lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge