Tudung kanak-kanak


Cinta Ibadah

Tajuk drama ni memang sedap kan…tapi hakikatnya jalan cerita berbelit-belit dan penuh drama dan fantasi ala kartun…dan yang paling tak suka episod sampai beratus-ratus…nama pun drama….mesti la cerita pun penuh drama dan fantasi…hahahaha

Cinta Ibadah mengisahkan tentang pasangan bahagia suami isteri yang sepadan iaitu Siti dan suaminya Hafiz. Kehidupan mereka yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah, namun ingin merahsiakan daripada pengetahuan suaminya. Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti meminta pertolongan Rina yang memiliki wajah yang sama untuk menggantikan tempatnya sementara dia menjalani rawatan di hospital. Apa reaksi Hafiz bila rahsia tersebut terbongkar? –

http://www2.bukancincai.com/2014/09/tonton-cinta-ibadah-full-episode.html#sthash.mbCnM5Wf.dpuf

Apapun, drama ni mempunyai peminat setia dikalangan warga veteran seperti MIL dan kawan-kawannya….daku pun tumpang juga sekaki tengok sesekali….banyak yang tidak logik jalan cerita ni….dan ada pula yang kelakar macam cerita kartun…dan jalan cerita Cinta Ibadah bukan la seperti tajuknya yang menarik… Sad smile

main-img

Yang paling tak tahan, Hafiz boleh bertukar wajah 2 kali…..yang pertama sebab kemalangan, tapi yang kedua bila wajah kembali ke asal tak tahu la pula macam mana….tidak tengok….

MIL kata drama ni dah nak sampai ke pengakhiran minggu ini, tiap petang jam 5 mesti MIL menjadi penonton setia…daku pun jeling-jeling la juga….tapi banyak yang tak faham sebab tidak ikut sangat….walaupun dari awal penonton setia, bila dah pertengahan cerita, dia pun naik bosan….seminggu tidak layan drama Cinta Ibadah…bila dah nak sampai penamat ni baru dia aktif semula layan drama yang tidak masuk akal ni….

Drama Fantasia….peminat pula ramai dari kalangan warga veteran….layannnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge