Tudung kanak-kanak


Selamat Menyambut GST

Dah masuk 1 April 2015, semua rakyat Malaysia bergembira menyambut bermulanya era GST. Setakat ni belum nampak peniaga menurunkan harga barang…masing2 bersedia dengan kenaikan harga barang untuk menampung jumlah cukai yang dikenakan kepada mereka.

Kalau ikutkan, GST lebih kepada memberi kebaikan kepada pengguna, namun apa yang dilihat sekarang, ia lebih kepada membebankan rakyat. Mereka yang menerima impak yang besar sudah tentu yang mempunyai keluarga ramai dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kalau ikutkan pengiraan GST adalah seperti dibawah, namun sekiranya pihak pengeluar masih mengenakan tax tersembunyi, harga barang sememangnya akan melambung. Pihak kerajaan wajib memantau kenaikan harga barang dalam tempoh 6 bulan pertama bagi memastikan pengeluar dan peniaga tidak meletakkan harga baru dengan sewenangnya untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

info-grafik-GST

Esok nak pergi ronda2 pasaraya tengok harga baru barang. Petang tadi kebanyakan pasaraya dah buang tanda harga untuk menggantikan dengan harga baru. Kita tengok samada harga baru memberikan kebaikan atau lebih kepada menindas rakyat jelata.

Sumber : http://denaihati.com/gst-apa-yang-kena-tax

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge