Tudung kanak-kanak


Kek Karamel Lagi ke Ummi?

Sedang ummi khusyuk bancuh adunan Kek Karamel untuk tempahan keesokannya, ahmad datang dekat

Ahmad : ummi selalu masak kek bagi kat kawan ummi…sedap sangat kek ummi sebab tu ramai orang suka kan…

Ummi : mesti la sedap…sebab ummi made with love…. Secret telling smile

Saya ni dah jatuh cinta main masak-masak didapur… kek karamel pelangi adalah kegemaran saya…selalu juga beli dengan kawan…mengandung anak ke3 memang mengidam sangat nak makan…

Bila dah berhenti kerja dan dengan rasminya memegang jawatan surirumah sepenuh masa lepas bersalin anak ke4, terus cuba masak Kek Karamel Pelangi resepi dari blog Ena Lovely Kitchen

kek karamel pelangi

Disebabkan hari-hari saya kongsi di facebook gambar-gambar cantik kek karamel pelangi, kerana dah teruja sangat bila kek jadi dengan sangat cantik dan sudah tentu la sedap dimakan….ada kawan-kawan berminat nak tempah…dari situ maka bermula la episod menerima tempahan Kek Karamel Pelangi…

Alhamdulillah ramai sukakan Kek Karamel made with love by Syamila SweetBakery…dalam ramai-ramai tu mestilah ada yang tak suka…sebab selera setiap orang kan berbeza…tapi saya ok je…pilihan dan selera masing-masing kan…

Setiap kali masak mesti saya akan ambil gambar….penggunaan warna yang minima mungkin menyebabkan ramai yang kata kek karamel ku macam ais krim…anak-anak pun kata macam tu….sebaiknya minimakan penggunaan warna sebab warna tidak bagus untuk kesihatan

Kalau tidak letak warna langsung lagi bagus, tapi macam tak kena la pula dengan nama Kek Karamel Pelangi kan… jadi kita masukkan juga 5 titis warna… sekadar untuk menjadikan warna yang menarik seakan pelangi… ^_^

Untuk resepi versi Syamila SweetBakery, sila la ke Resepi Kek Karamel Pelangi

Comments

  1. syamila says:

    bila anak2 dah sekolah…. penat dok ulang alik hantar dan ambil anak…. masak tgh hari lagi… MIL pula tak sihat…. kerja pula byk ke outstation…..
    syamila recently posted..Cinta IbadahMy Profile

  2. puanbee says:

    sedapnya kak oii .. bila la dpt rasa … dah berenti kerja rupanya ..tk tahu pun ..
    puanbee recently posted..Hawa dan emas : Join powergold akhirnyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge