Tudung kanak-kanak


Petua ‘Weaning Off’ atau Cerai Susu

Bila tiba masa untuk Weaning Off atau Cerai Susu ni kan, ramai juga ibu2 belum bersedia bila anak dah umur 2 tahun…ada yang teruskan sehingga 3/4 tahun atau sehingga anak dengan sendiri menolak..

Namun ada juga yang terpaksa cerai susu awal disebabkan mengandung atau ibu dah bersedia sepenuhnya disebabkan ibu dah melengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun.

Bagi saya, sebenarnya belum bersedia sepenuhnya…masih rindukan saat2 menyusu kakak husna yang comel…lagipun senang nak pujuk bila tengah mengamuk…husna pula lebih bertolak ansur dengan adik umar…

P_WeaningChild_enHD

Tapi, memandangkan husna dah 2 tahun 6 bulan…dah petah berkata-kata walaupun dengan ayat pelat…saya bersedia 70% untuk weaning off…baby umar pula dah masuk 6 bulan…pukul 8 malam saya buat trik yang sangat senang…sapukan air garam di kawasan arola, keringkan dan buat selamba suakan husna menyusu….

Bila husna menyusu, dia buat muka kelat…apalagi, ummi pun buat muka terkejut…konon-konon je la….hehehe… “eh…kenapa? tak sedap ke? ok2…jom tukar belah kanan pula…”

Tapi, bila tukar rasa tetap sama…masam kata husna…ummi pun buat muka sedih…dia buat muka tersengih la pula…

Belum tamat lagi…pukul 4 pagi dia terjaga dan nak menyusu…lagi sekali la buat trik yang sama…sekali lagi dia buat muka kelat dan minta air…

www.susuibu.syamilamohd.com

www.susuibu.syamilamohd.com

Ummi : “laa…kenapa ni…rasa macam mana”…

Una : “tak sedap…masam…Smile with tongue out

Ummi : “dah tu…tak nak la ni”

Una : “tak nak…eeeiiiii…”

Ummi : “ok la…una dah besar…sebab tu susu rasa masam”

Una : [tersengih manja]

Sembang dan main, siap mandi jam 5 pagi…pukul 6 pagi baru tidur balik…esoknya dia langsung dah tak nak menyusu…dia tengok adik menyusu, pandang sebelah mata je…nampak sangat susu tak sedap le tu…

Bila nak bagi dia menyusu, cepat-cepat dia larikan diri…dan buat muka cam gini….

little-baby-cute-wallpaper

Saya sebenarnya saje je nak test…tak sangka pula dia mudah serik…atau mungkin saya dah 6 bulan cakap setiap hari dan setiap kali husna atau umar menyusu yang kakak husna dah besar…susu dah jadi adik punya…kakak tak perlu la menyusu lagi…

Kebiasannya dia akan menyusu paling lama 5 minit…tak pun 30 saat je…ambil rasa…hehehe

Sekarang ni bila tanya susu siapa…cepat2 husna cakap…”susu adik”

Ibu2 boleh juga klik link dibawah untuk tips yang berbeza…

Comments

  1. wani says:

    terima kasih. boleh try tip ni pula 🙂
    wani recently posted..Cara menangani chiken pox atau cacar airMy Profile

    1. syamila says:

      try ler….tp anak kedua sy tk berjaya…..dia ambil kain lap….. :-p

      umur 4 thn baru wean off

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge