Tudung kanak-kanak


Petua Merawat Resdung

Selepas alami resdung yang teruk minggu lepas, dah ambil ubat farmasi…tapi sebabkan masih menyusu, saya hanya ambil 2 hari sahaja ketika kemuncak resdung terjadi…terpaksa…berdoa dan tawakkal semoga tidak ada kesan pada baby umar…

Saya juga ambil ubat Homeopathy…untuk rawat resdung yang kronik…alhamdulillah hari ni dah banyak kurang…tapi hidung masih lagi bermasalah….

Dapat pula informasi yang garam laut bagus untuk mereka yang ada alahan seperti resdung….sangat bagus untuk mencuci sistem dalaman hidung…buang lendir yang terperangkap…

Caranya adalah dengan memasukkan air garam kedalam lubang hidung kanan dalam keadaan kepala mengiring ke kiri…jangan bernafas…biarkan air mengalir tenang dan keluar melalui hidung kiri.…tukar posisi dan ulangi langkah yang sama.

Menurut University of Maryland Medical Center, proses membilas hidung dengan air garam laut dapat menghilangkan lendir yang berlebihan, iritasi dan alahan yang terjebak di dalam sinus.

rawatan-resdung

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali ‘sinusitis’.

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

sumber : http://resdung.delimarubie.my/apaituresdung.php

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge