Tudung kanak-kanak


Kemaskini melalui eBR1M 2015

Alhamdulillah dah selamat kemaskini maklumat peribadi dan akaun bank untuk saudara mara bagi permohonan br1m 2015.

Cuma MIL yang bermasalah disebabkan dalam sistem kena masukkan makluamt waris, sedangkan bahagian tersebut tidak dapat diklik pun…kena kemas kini manual…isi borang dan hantar ke LHDN yang terdekat

Untuk permohonan baru…bahagian C boleh je diisi tanpa sebarang masalah…tapi untuk kemas kini..hanya yang berstatus kahwin sahaja boleh isi…bagi yang berstatus bujang atau warga tua..tidak dapat diisi…bila telefon LHDN terdekat…mereka pun tidak tahu kenapa….

ebr1m 2015

Malas nak telefon talian bantuan…lagipun bukan susah pun isi manual…LHDN pun dekat je dengan rumah…

Bagi yang belum kemaskini ebr1m…boleh la buat secepatnya…sebab berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia…kemaskini maklumat bermula 1 Desember 2014 sehingga 31 Desember 2014. Kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.

Klik link dibawah untuk laman web ebr1m 2015 dan kemaskini maklumat sekarang.

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Bertindak dari sekarang. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge