Tudung kanak-kanak


Teknik Dalam Jayakan Penyusuan Susu Ibu

Bukan sesuatu yang senang bagi seorang ibu yang ingin Jayayan Penyusuan Susu Ibu sehingga 2 tahun…namun ia tidak mustahil dan sememangnya Penyusuan Susu Ibu adalah semulajadi dan penuh dengan nostalgia…

Proses penyusuan susu juga boleh diibaratkan seperti roda..kejap di atas, kejap dibawah…kerana susu ibu tidak meriah setiap masa…ada suatu saat ia akan merundum…ada suatu saat ia terhasil sampai bengkak susu walaupun masa tu baby dah pun setahun lebih…

Sebab utama susu merundum adalah bila ibu mengabaikan konsep Supply & Demand dan Emosi yang tidak stabil.

Terdapat beberapa teknik yang ibu kena ambil perhatian dalam menjayakan Penyusuan Susu Ibu…

ilovels_lactivist_thumb

Positif dan Yakin

Ibu kena yakin yang ibu mampu menyusu bayi dengan susu ibu…setiap ibu mempunyai kebolehan secara semulajadi untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan…sentiasa berfikir secara positif, yang susu yang dihasilkan oleh ibu adalah mencukupi…

RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH

Kekerapan Menyusu

Bayi biasanya akan menyusu sejam sekali atau lebih….bergantung kepada bayi ibu2…anak2 saya pernah menyusu sampai satu jam….tapi saya layan sahaja….walaupun bayi menyusu kerap…ia tidak akan memudaratkan bayi kerana susu ibu mudah hadam…semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan…minta bantuan suami jika perlukan

penyusuan-susu-ibu1

Kosongkan Payudara

Untuk memastikan payudara kosong…bila dipicit dibahagian arola…hanya titisan susu yang keluar…jangan biarkan payudara penuh sampai bengkak susu…kerana ia sangat menyakitkan dan sekiranya berlanjutan susu akan cepat kering…sekiranya perlu, ibu boleh mengepam untuk mengosongkan kedua2 belah payudara

PENGEMBARAAN PENYUSUAN SUSU IBU BERMULA DISINI

Emosi

Emosi ibu kena sentiasa tenang dan bersikap positif…ketenangan emosi ibu akan mempengaruhi penghasilan susu ibu…ia juga dapat menjadikan Penyusuan Susu Ibu adalah suatu saat yang menyeronokkan.

Pelekapan yang betul

Pelekapan yang betul memastikan bayi dapat menyusu dengan baik dan mengelakkan arola luka.

Minum Air Kosong

Ibu kena pastikan mengambil air kosong yang mencukupi, sekurangnya 3 liter sehari.

teknik-lekapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge