Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil



Banyak sebenarnya air Kelapa Muda ni…bukan sahaja untuk Ibu Hamil tapi juga untuk semua…selain menghilangkan kehausan..ia juga bagus untuk kesihatan dalaman….

Sekiranya ibu hamil rajin minum air kelapa muda ketika kehamilan dah masuk trimester ketiga, air ketuban akan menjadi lebih bersih dan kulit bayi pun bersih…tidak ada daki diatas kepala bayi…dan proses bersalin pun jadi lebih mudah…

Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

Saya memang rajin sangat dan suka sangat minum air kelapa…tapi sebabkan air kelapa muda susah nak dapat…saya minum air kelapa yang dijual di bazar ramadhan aje…masa tu kehamilan dah 9 bulan…tunggu masa je nak bersalin…hari2 minum air kelapa….satu jug setiap hari…banyak tu…kenyang dengan air je tiap kali berbuka puasa…

Set Kesuburan Suami Isteri

Alhamdulillah, proses bersalin dipermudahkan…sakit jam 6 pagi…7.30 pagi masuk labour room….7.43 dah selamat melahirkan putera yang comel… Winking smile

Yang nampak jelas…kulit bayi licin, lembut dan bersih…langsung tak ada daki di kepala bayi…so soft….alhamdulillah….

Dibawah ni dikongsi beberapa Khasiat Air Kelapa Muda untuk tatapan semua…. [info dari http://www.bengkungmoden.com/blog/khasiat-air-kelapa-untuk-ibu-hamil]

1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .

RAHSIA SUSU IBU MELIMPAH RUAH Thumbs up

2. Mempunyai Diuretik Semulajadi

Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Sebagai Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung

Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Boleh Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

7 thoughts on “Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

  1. bengkungmoden March 3, 2015 at 11:46 am

    nice info. tq

  2. Ibu Sihat January 14, 2015 at 3:22 pm

    Rahsia orang lama la ni juga. bila demam, minum air kelapa. lepas berkebun, bersukan, mereka minum air kelapa.

    Alhamdulillah, keluarga saya juga ambil air kelapa muda sebagai supplemen. Anak no 2 suka sangat sampai bila demam, air kelapa je laku untuk dia.

    • syamila January 21, 2015 at 2:48 pm

      air kelapa mmg sedap..hilang dahaga dikala panas terik…kan

  3. Norhayati Suaib November 18, 2014 at 9:39 pm

    Orang kata air kelapa dapat membersihkan kotoran dalam badan juga.
    Norhayati Suaib recently posted..Cara Mendaftar Anak Di JPN Untuk Mendapatkan Sijil KelahiranMy Profile

    • syamila November 19, 2014 at 3:06 am

      betul tu…penawar ubat pun yea jugak kan….

  4. myrujukan November 13, 2014 at 3:51 pm

    dah lama x minum air kelapa muda ni, rasa nak cari plak
    myrujukan recently posted..Cara Buat Duit Dengan Youtube AdsenseMy Profile

    • syamila November 19, 2014 at 3:04 am

      air kelapa muda fresh dari ladang lagi sedap kan….

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge