Cara Penyimpanan Susu Ibu



Ketahui Cara Terbaik Penyimpanan Susu Ibu

Saya akan berkongsi cara bagaimana saya simpan susu perahan ibu sepanjang pengembaraan penyusuan susu ibu puteri husna….

Setiap hari saya akan bawa 4 botol storage, bersama 1 ketul icepack brand coleman dan 2 ketul icepack biasa…apa2 brand pun boleh….saya letak kiri dan kanan botol…ditengah2 saya simpan corong pam…

Corong pam tidak perlu dibasuh..kerana ia boleh guna semula dalam tempoh 24 jam…hanya guna tisu bersih untuk lap lebihan susu ditepi corong…

cara penyimpanan susu ibu

Saya hanya mengepam 2 sesi di pejabat kerana ianya dah mencukupi untuk keperluan husna…setiap hari saya berjaya bawa pulang 18-23 oz susu….husna pula hanya minum sekitar 15-18oz setiap hari….

Hari cuti kebiasannya saya akan mengepam di awal pagi selepas bangun solat subuh…sebab masa tu susu terlalu banyak…kalau tak mengepan, kesian husna tersedak sebab susu terlampau banyak….

Cara penyimpanan susu perahan  ketika di pejabat adalah dengan menggunakan cooler bag…alhamdulillah dengan 3 ketul icepack, suhu kekal sejuk sehingga jam 6 petang dari jam 8 pagi…kiranya cooler bag yang saya guna tahan 10 jam…pukul 6 petang icepack belum cair sepenuhnya…dalam 70%…suhu kekal sejuk…

Sampai rumah 4 botol susu akan saya simpan dalam chiller….bila anak2 dah tidur…saya akan turunkan 6oz susu beku…rendam dalam air sejuk dan letakkan dibahagian chiller

Susu perahan dari pejabat yang saya dapat 18oz…saya akan biarkan dalam chiller 9oz sahaja untuk kegunaan husna keesokkannya….9oz lagi saya akan simpan dalam freezer…tapi saya akan asingkan kepada 3oz setiap plastik….alasannya untuk memudahkan saya menyusun atur stok susu…kalau tebal susunan tak cantik dan kemas…

Ibu2 tidak perlu terikut2 dengan stok susu bertimbun2 yang dapat dikumpul oleh ibu2 lain kerana keperluan setiap anak berbeza….semakin ibu rajin mengepam dan mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan…sebab itu saya hanya mengepam 2 sesi sahaja..itu sudah mencukupi untuk keperluan…setiap hari saya dapat buat stok 9oz…seminggu dah 63oz…stok ni memang kekal disitu…sehingga la tarikh luput..selepas 3 bulan sebab saya guna peti 2 pintu…yang akhirnya terbuang macam tu jer….

Ibu2 boleh juga simpan susu ibu dalam botol yang dilabelkan…tapi ruang terbazir..sebab akan ada banyak ruang kosong…dan ianya tidak begitu praktikal….pandangan saya sahaja….

2 thoughts on “Cara Penyimpanan Susu Ibu

  1. Norhayati Suaib November 18, 2014 at 9:41 pm

    banyak juga susu yang dipam tuer.
    Norhayati Suaib recently posted..Cara Mendaftar Anak Di JPN Untuk Mendapatkan Sijil KelahiranMy Profile

    • syamila November 19, 2014 at 3:07 am

      alhamdulillah….rezeki sicomel dulu2

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge