Tudung kanak-kanak


Tanderm Nursing

Apakah Tanderm Nursing?

Tanderm Nursing adalah menyusukan kedua2 belah payudara secara serentak samada dengan menyusu anak kembar secara serentak, menyusu 2 anak berlainan umur atau menyusu sebelah dan mengepam sebelah lagi.

Tanderm Nursing adalah satu teknik yang bagus dalam memperbanyakkan susu ibu. Permulaan sudah pasti akan merasa sedikit kejanggalan..namun jika dilakukan berulang2…hasilnya pasti ibu2 berpuas hati…Practice Make Perfect!….

tandem_nursing_P1000717

Hmmm…walaupun ibu ini tanderm nursing…tapi dengan memakai baju yang bersesuain….ia boleh dilakukan dimana sahaja….

Cuma ibu2 beragama Islam…sebaiknya dilakukan dirumah aje la yea…atau ditempat yang tertutup…kecuali bf hanya seorang anak….boleh dilakukan dimana2 sahaja….janji tempat bersih, baju yang sesuai, sediakan nursing cover atau cukup dengan memakai tudung yang bersesuaian.

Jika ibu2 ada mengalami susu merundum….biasakan diri menyusu bayi sebelah dan mengepam sebelah….buat setiap hari selama seminggu atau dua minggu….Insya Allah hasilnya akan membuatkan ibu2 tersenyum lebar…. Winking smile

Kelebihan tandem nursing

1. Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila dinenen oleh dua orang. Konsep demand and supply – lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran.

2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk nenen. Ni yang biasanya nenen mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut.

3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu saya akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi kali ni, memandangkan saya punya seorang baby tua yang mempunyai daya hisapan yang kuat lagi terer.. maka, hari ke-3 tu dah banyak dah (hari ke-2 baru keluar wad).

4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. Biasanya bila saya balik daripada kelas, nenen akan membengkak akibat lama susu tidak diekstrak keluar (tak sempat nak perah). Time ni orang first saya cari ialah Rania. Minta tolong dia minum banyak2 dan mengurangkan kebengkakkan tersebut. Kalau bagi Razin, mahu tersedak dia dengan susu berkelajuan tinggi tu..hehehe.. Lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit.

By http://mamiraysha.blogspot.com/2011/09/tandem-nursing-ambil-hak-adik.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge