Tudung kanak-kanak


Kolostrum Imunisasi Pertama Bayi

Kolostrum merupakan imuninasi pertama bayi dalam memastikan badan mampu melawan penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru.

Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:

  1. mengandungi banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
  2. mudah dicerna
  3. memiliki efek laksatif
  4. memiliki kandungan imun yang tinggi
  5. melindungi saluran pencernaan bayi
  6. mengandung sel darah putih

Sangat menyedihkan apabila tidak dapat menyusukan baby umar sejurus selepas kelahiran untuk memastikan dia mendapat khasiat kolostrum yang secukupnya.

fungsikolstrm_070111070111_ll-jpg

Susu Ibu Kurangkan Kematian Kanak-kanak Thumbs up

Ini kerana baby umar ada masalah pernafasan dan perlu diletakkan dalam inkubator untuk bekalkan oksigen. Saya pula tanpa rangsangan bayi susu susah nak keluar…lagi parah bila tak terfikir langsung nak minta suami bawakan breast pump.

Hari kedua bila saya dah boleh discaj dan daftar di wad kanak-kanak baru terasa menyesal yang amat atas kelalaian sendiri apabila nurse minta susu ibu. Bermula la episod mengepam angin sahaja….selepas 12 jam baru kolostrum keluar…tapi terlalu sedikit dan pekat…selepas 24 jam atau hari ke3 baru dapat bekalkan susu yang pekat dalam 1/2 oz untuk baby umar.

Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium Thumbs up

Alhamdulillah selepas dapat minum susu ibu sebelah pagi…pukul 10 pagi baby umar dah dibenarkan untuk menyusu secara terus…dan syukur juga keesokannya, hari raya pertama doktor dah benarkan baby umar balik rumah.

kolostrum

Ralat juga sebab hari pertama dan kedua kelahiran baby umar dah merasai susu formula…apapun bersyukur sebab berjaya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu hingga kini…perjalanan baru bermula…semoga perjalanan penyusuan susu ibu untuk baby umar berjalan lancar.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolostrum

Comments

  1. myrujukan says:

    anak kalau masih awal better bagi susu ibu, sian dia kalau pekena formula
    myrujukan recently posted..Jom Promosi eBook Panduan Asas AffiliateMy Profile

    1. syamila says:

      semestinya….kes sy sbb mmg tk mampu….terpaksa…susu pun disalurkan melalui tiub….apapun…alhamdulillah baby sihat dn menyusu susu ibu sepenuhnya hingga kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge