Hukum Menyusu Lebih 2 Tahun



Mesti ramai ibu-ibu dalam dilema untuk meneruskan penyusuan susu ibu bila anak dah berumur 2 tahun lebih kan. Ini kerana pandangan orang lama, menyusu lebih 2 tahun tidak sepatutnya dengan alasan :

Tidak baik – tiada penjelasan selanjutnya bila tanya kenapa…hanya katakan yang ianya tidak baik

Haram – ada juga yang mengatakan Haram dengan alasan dalam Al-Quran hanya menyebut susukan anak sehingga 2 tahun untuk menyempurnakan penyusuan..tapi dari penjelasan yang lebih arif, tidak ada istilah haram, hukumnya hanya harus…boleh baca seterusnya dibawah dan tonton video untuk penjelasan lanjut

Anak akan lebih manja – anak saya yang susu fm lagi manja yang menyusu susu ibu sehingga 4 tahun

Tidak pandai berdikari – bila tengok anak2 yang membesar, nampak perbezaan bila anak sulung yang hanya menyusu susu ibu selama 7 bulan dengan adik2…adik2 lebih pandai berdikari

Susu jadi darah – yang ni tidak tahu dari mana datangnya…sebab tidak ada kajian saintifik yang mengatakan susu ibu akan jadi darah selepas 2 tahun

Susu adalah hak adik – yang ni memang ada betulnya, sebab tu walaupun saya masih menyusu kakak, tapi saya akan pastikan kakak hanya menyusu selepas adik menyusu…lagipun kakak bukannya bergantung pada penyusuan susu ibu…hanya untuk bermanja dengan ummi sahaja…menyusu pun paling lama 2 minit… ^_^

Cuma bila anak dan berumur 2 tahun, susu ibu dah tidak membekalkan nutrisi yang sepatutnya untuk tumbesaran anak. Anak memerlukan makanan tambahan yang lain bukan hanya menyusu susu ibu sepenuhnya.

Soalan:
Oleh: Karina:

Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri.”

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn ‘Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html

 

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

4 thoughts on “Hukum Menyusu Lebih 2 Tahun

  1. aeen October 13, 2016 at 11:16 am

    Alhamdulillah saya dah jelas skrg… anak saya dh 3 tahun masih menyusu badan dgn saya tetapi tak kerap hanya untuk tidur…. makan dan minum spt biasa… saya juga rasa sedih kalau nak berpisah susu badan dgn nya… pernah dia merayu nak susu badan saya kata tak boleh sbb adik dah besar tapi tak sampai hati bagi jugalah tp dgn syarat masa nak tidur saje…

  2. titan September 23, 2014 at 11:18 pm

    ohh..

    macam gitu rupanya ye..
    titan recently posted..Patut ramai yang dok datang MENYERANG.My Profile

  3. Putributterfly Punyablog September 23, 2014 at 11:08 pm

    nice entry. terima kasih.. saya pun tercari-cari kesahihan penyusuan ibu sehingga 2 tahun ni. baby saya seminggu lg akan masuk 2 tahun… dan sekarang saya tengah train dia tak menyusu dah buh bawang putih pun dia still nak menyusu dan akan minta… hanya susu badan yang dia minum… nasi kurang makanan lain pun kurang… klu mood baik baru dia akan makan byk sikit… sejak lahir dia mmg tak mahu puting botol… tu yg sshkan sy lg nak stopkan dia slpas 2 thn… bila dah buat macam2 kesian lak kat dia sbb dia kurang makan makanan lain… hadui… mmg dlm delima ni….
    Putributterfly Punyablog recently posted..Balik Kampung: Kenduri Kesyukuran Penerbit Novel Karya SeniMy Profile

    • syamila September 26, 2014 at 10:54 pm

      selepas 2 tahun, masih boleh teruskan penyusuan cuma khasiat yg ada dalam susu ibu tidak mencukupi untuk anak…anak perlukan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran dan tingkatkan imunisasi badan…

      puan boleh cuba qaseh junior atau mealshakes…antara fungsi mealshakes adalah untuk meningkatkan selera makan anak2…

      http://ibumenyusu.syamilamohd.com/category/meal-shakes-2/

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge