Senaman Selepas Bersalin



Ramai ibu2 tidak titik beratkan senaman selepas bersalin…senaman sebelum bersalin pun ramai yang tidak ambil kisah…sebenarnya senaman semasa hamil dan selepas bersalin adalah sangat penting untuk kesihatan badan…selepas sebelum bersalin penting untuk memudahkan proses bersalin nanti…namun senaman selepas bersalin juga kena titikberatkan oleh ibu2…kerana semasa proses bersalin, ibu2 sudah menggunakan sepenuh tenaga dan urat2 mengembang…selain berurut dengan bidan2 yang dipilih, senaman perlu dilakukan setiap hari…

Senaman selepas bersalin tidak berat…dan tidak perlu lasak pun…cukup dengan buat senaman ketika berbaring sahaja…ibu2 boleh mulakan senaman selepas seminggu kelahiran….namun ia bergantung kepada keadaan kesihatan ibu2…

 

Antara Kebaikan Senaman Selepas Bersalin

  • menguatkan otot2 dada supaya dapat menyokong payudara yang membesar
  • memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan
  • mengurangkan berat badan yang naik semasa hamil
  • menganjalkan kembali otot2 membina teknik sesuai supaya dapat berehat dan tidur dalam waktu awal selepas melahirkan

Senaman yang perlu dielakkan selepas pembedahan

  • mengangkat kedua2 kaki
  • duduk tegak dari kedudukan berbaring
  • melompat

 

Senaman Pernafasan

  • baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  • sebelah tangan diletakkan di perut
  • tarik nafas melalui hidung
  • tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  • hembus nafas perlahan2 melalui mulut
  • leher dan bahu jangan bergerak

nota : senaman ini juga bagus diamalkan ketika sakit kontraksi…insya allah ianya berkesan dalam mengurangkan kesakitan….berdasarkan pengalaman sendiri

 

Senaman Perut

  • baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  • rapatkan tangan ke sisi badan
  • angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  • lalukan semula pada kaki yang sebelah lagi…ulang sebanyak 3 kali

 

Senaman Dada

  • baring terlentang rapatkan tangan ke sisi badan
  • angkat kedua2 belah tangan ke atas sehingga kedua2 nya bersentuhan
  • kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan
  • lakukan sebanyak 20 kali

 

Senaman Punggung

  • baring, rapatkan lutut dan tegakkan sementara kaki dibuka
  • angkat bahagian punggung dengan tapak kaki menekan lantai tanpa mengangkat bahu
  • biarkan dalam posisi sedemikian dalam kiraan 5
  • kembalikan punggung ke keadaan asal ulang sebanyak 10 kali

 

Senaman Kaki

  • baring dengan melunjurkan kaki
  • gerakkan kedua2 kaki dan putarkan kedua2 kaki dengan tumit di buka

 

Senaman Kegel

  • letakkan tangan diperut, peha dan punggung
  • tahan nafas dan buat kemutan sebanyak 15-20 kemutan dengan kiraan 10 saat untuk setiap cengkaman dibahagian faraj sebelum dilepas
  • ulang sebanyak 10 kali
  • bagus dilakukan 2-3 kali sehari dan boleh dilakukansewaktu berdirim duduk atau berbaring

 

Antara Kebaikan Senaman Kegel

  • membantu menguatkan lantai pelvik
  • melancarkan perjalanan darah
  • mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi
  • mengelakkan terkencing ketika batuk dan bersin
  • menguatkan otot faraj

 

Senaman selepas bersalin dan kegel ini jika rajin dan dilakukan setiap hari, Insya Allah otot2 akan menjadi kuat dan tegang semula dan pulih dengan cepat.

Gerakan senaman yang santai dan mudah ini sangat penting untuk memperkukuhkan dua kumpulan tot, iaitu otot pada lantai punggung dan otot perut.

Ibu2 yang menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya akan membakar 500 kalori sehari, sekiranya ibu2 rajin melakukan senaman…ibu2 akan mengambil masa yang lebih singkat untuk kembali ke bentuk asal.

Apapun, ia bergantung kepada hormon dan bermacam faktor lain.

6 thoughts on “Senaman Selepas Bersalin

  1. Azeni Ahmad July 14, 2015 at 5:27 am

    Biasanya kalau lepas bersalin kurang dari 2 tahun, memang jarang nak senam untuk payudara. Tapi boleh senaman ringan yang lain.
    Azeni Ahmad recently posted..Sakit Kontraksi: Bagaimana untuk Hadapinya Samada di Rumah atau di Bilik Bersalin?My Profile

    • syamila August 12, 2015 at 4:58 pm

      senaman bgs utk kesihatan….walaupun kdg2 malas nak buat….heheeee

  2. titan August 16, 2014 at 3:31 am

    ehhh..

    kena bersenam juga ke lepas bersalin…

    ???

    • syamila August 20, 2014 at 2:06 pm

      senaman simple utk kesihatan….

  3. Amanina August 14, 2014 at 9:36 pm

    salam. balas kunjungan sini.. ingatkan lepas berpantang dah boleh dpt badan slim. okay juga ni buat para ibu2 di luar sana. sy xkawen lg. hehe

  4. Farisya Anastasyia August 13, 2014 at 7:33 pm

    Perkongsian yang menarik kak Mila.Boleh saya amalkan nanti bila dah berumah tangga 🙂

    Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🙂
    Jangan lupa datang beraya ke BLOG saya pula! 🙂

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge