Tudung kanak-kanak


Mudahnya Penyusuan Susu Ibu

Sememangnya penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang tidak menyusahkan namun ia juga bukan sesuatu yang mudah

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama tanpa apa2 makanan tambahan dan diteruskan penyusuan sehingga 2 tahun memerlukan si ibu pengorbanan dan keazaman yang kuat…..terutama bagi ibu yang bekerja

Apapun….susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terunggul untuk bayi comel ibu2…sekiranya ibu berupaya dan mampu menyusu….teruskan dengan penyusuan susu ibu tanpa campur dengan sebarang susu formula…

image

Penyusuan susu ibu akan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak….saat menyusu adalah satu saat yang paling indah….bila bayi menyusu…mata bayi akan merenung muka ibu….saat itu juga tangan kecil comel melekat di payudara ibu….berada pula dalam pelukan dan merasa kehangatan badan ibu…simanja comel anda akan merasa selesa dan akhirnya tertidur dalam dakapan…. 😉

Tiada susu diawal2 kelahiran? Boleh cuba Petua Hasilkan Susu Badan yang saya amalkan…ianya berhasil dan ibu2 pasti teruja bila dpaat hasilkan susu ibu yang sangat2 eksklusif…

Susu tidak meriah sebab badan lesu? Ibu2 juga boleh amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk kesegaran badan….bila badan ibu sihat…penghasilan susu Insya Allah tiada masalah…yang penting amalkan konsep demand & supply….

Ibu2 wajib susukan bayi bila2 masa sahaja bayi minta…..tidak semestinya tunggu 2/3 jam….kalau bayi inginkan sejam sekali pun….suakan je susu ibu…penyusuan susu ibu tiada jarak masa….tidak seperti susu formula….ini kerana susu ibu mudah hadam….

image

Semakin kerap ibu2 kosongkan payudara….semakin aktif payudara akan hasilkan susu….

Susukan sicomel dengan susu ibu sekurangnya 15 -20 minit untuk pastikan bayi dapat khasiat Hindmilk dan Foremilk….bagi memastikan bayi dapat semua khasiat susu awal dan susu akhir untuk tumbesaran…

image

Posted from WordPress for Android

Comments

  1. titan says:

    tahniah kepada ibu-ibu yang menyusukan anaknya.

    Bukan mudah tu.

    Sekarang ni..ada macam-macam cara yang mudah. Wahh..
    titan recently posted..Spa Coklat Aishah RadhiahMy Profile

    1. syamila says:

      skrg ni semua mudah…antara nak atau tak je…
      syamila recently posted..Urutan Kasih SayangMy Profile

  2. Denaihati says:

    susu ibu susu terbaik, rugi tak susukan anak jika tiada halangan.
    Denaihati recently posted..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan SenjataMy Profile

    1. syamila says:

      semestinya…rugi ibu2 yang secara sengaja menolak penyusuan ibu…
      syamila recently posted..Urutan Kasih SayangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge