Tudung kanak-kanak


Risiko Kencing Kotor

Kencing Kotor Bahaya Untuk Kesihatan Ibu

‘Kencing kotor’ bagi ibu mengandung perlu dititik beratkan….tidak boleh dipandang ringan…ini kerana ‘kencing kotor’ boleh menyebabkan bayi lahir pramatang dan berat badan bayi berkurang…untuk si ibu pula risiko jangkitan kuman ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat

Wanita hamil sememangnya lebih berisiko untuk mengalami ‘kencing kotor’ kerana ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi akan menyebabkan kekuaran otot salur kencing dan pundi kencing semakin lemah dan seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan akan melambatkan pengaliran air kencing

image

‘Kencing Kotor’

Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di saluran kencing atau bahasa yang mudah difahami ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing urethra (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh).

Kuman lebih mudah membiak dikalangan ibu hamil kerana air kencing ibu hamil lebih berasid dan mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Cara cegah ‘kencing kotor’

  • Minum air dengan banyak sekurang2nya 2-3 liter
  • Jangan tahan air kecil kerana sikap suka menangguh akan menggalakkan bakteria lebih mudah membiak
  • Jaga kebersihan selepas membuang air kecil dan biasakan mengelap dari depan ke belakang bagi mengurangkan bakteria merebak dari dubur ke urethra
  • Aktiviti seks masih boleh dilakukan seperti biasa semasa hamil namun dinasihatkan agar membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan
  • Kurangkan makan makanan yang manis
  • Pastikan mengambil Vitamin C yang mencukupi untuk membantu melawan jangkitan kuman jika daya tahan tubuh lemah

Sumber : Dr Zubaidi Haji Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge