Petua Hasilkan Susu Ibu



Alhamdulillah hari ni dah 5 hari kami menyambut kehadiran ahli keluarga baru….baby boy seberat 3.4kg selamat dilahirkan pada 27/07/2014…dan perjalan memulakan perjuangan penyusuan susu ibu sepenuhnya pun bermula….seperti biasa hari pertama dan kedua susu susah sangat nak keluar….kena cuba macam2 petua dan tips atau petua untuk hasilkan susu ibu

Apapun…kami diduga dengan masalah kecil…sebaik sahaja baby dilahirkan….dia dah kena duduk dalam inkubator disebabkan kekurangan oksigen….jadinya penyusuan susu ibu tertangguh selama 2 hari…

Saya pula terkilan sesangat sebab tidak dapat menyusukan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan….jadi dari hari pertama susu tidak keluar sebab tiada baby yang mengepam….selama 2 hari baby dah diberi dengan susu formula…. 🙁

Alatan pam pula tertinggal kat rumah…dan entah macam mana tak tergerak hati untuk minta suami hantarkan….dalam hati esok Insya Allah dapat menyusu baby dan dapatlah hasilkan susu ibu dengan bantuan hisapan baby…hmm….silap sendiri juga….nak buat macam mana…yang penting baby sihat….lagipun perjalanan penyusuan susu ibu masih jauh…. 🙂

Keesokannya doktor masih tidak benarkan saya menyusu secara terus….minta saya pam susu….jadi bermula lah episod yang menguji kesabaran….dari pagi pam…hanya angin sahaja yang keluar…kebiasaannya selepas bidan mengurut baru susu keluar dengan meriahnya

Tapi…bidan pula tetiba sakit…saat akhir nak cari yang lain susah…sebab masing2 sibuk dengan persiapan raya….apapun bidan yang saya hubungi ada bagi petua hasilkan susu ibu

Mcm ni. Ambl sikat rambut yg mcm batang mancis tu. Raup dada dari atas turun ke nipple. Dari bawah dada pun sampai nipple. Jejari sikat akan sentuh saraf dada. Kemudian bagi anak menyusu. Ulang2. .. utk permulaan dia tak akan keluar susu putih. Hari kedua baru keluar susu…. [Wanti Sayang Care]

Dari pagi….sebelum pam akan guna tips atas ni…saya guna sikat baby….sebab hujung dia tu macam mancis….dan akan pam setiap 2 jam….malamnya buat pula power pumping…..sehingga jam 8 pagi esoknya alhamdulillah saya berjaya hasilkan susu ibu sebanyak 1ml….pekat gitu…kolostrum akhirnya berjaya dikeluarkan…

download (6)

Dan pada pukul 10 pagi..doktor mengesahkan baby dah ok dan boleh menyusu secara terus….perjalanan penyusuan susu ibu pun bermula….gembira sangat sebab masa tu juga breast mula membengkak….walaupun 2 hari baby minum susu guna cup….alhamdulillah baby pandai menyusu dengan jayanya

Selepas 3 hari dihospital….hari ke 4 baby dah dibenarkan keluar hospital…walaupun ada jaundis tapi masih dalam tahap terkawal…dan kena buat pemeriksaan susulan di klinik desa sahaja…

Baby memang berisiko kena jaundis sebab saya bersarah ‘O’ dan baby pula tidak dapat menyusu dengan susu ibu untuk dapatkan kolostrum sejurus selepas dilahirkan….

One thought on “Petua Hasilkan Susu Ibu

  1. titan August 7, 2014 at 12:39 am

    okeh.

    kena beli sikat la lepas nih.
    titan recently posted..Spa Ampang Aishah Radhiah.My Profile

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge