Tudung kanak-kanak


Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen

Kenapa badan kita perlukan suplemen?…ini kerana secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

  • Menjaga kesihatan jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas – ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien.

berfikir positif

Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.

Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

[ Pa & Ma ]

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Comments

  1. titan says:

    orang pempuan memang suka suplement ehh..
    titan recently posted..88 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014My Profile

    1. syamila says:

      suplemen penting sgt utk org pompuan ni…maklum la kan lepas beranak byk urat putus….penat lagi uruskan rumah tangga…anak2 lagi…sbb tu suplemen pntg utk kesegaran dan kecergasan badan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge