Tudung kanak-kanak


10 Tanda-tanda Bersalin Semakin Hampir

Semakin dekat nak bersalin ni, semakin berdebar la pula. Walaupun dah ada 3 pengalaman lepas, tapi debaran tetap terasa. Tetap menantikan sebarang tanda-tanda bersalin yang muncul. Semoga kelahiran yang ke4 ini dipermudahkan oleh Allah swt. Insya Allah.

Biasanya saya akan perhatikan tanda2 bersalin yang tersenarai di bawah…apapun tak semua tanda bersalin dibawah saya alami…bergantung kepada setiap individu kan, dan seperti biasa air ketuban doktor yang akan pecahkan….ops….anak ke3 ada keluar darah dengan lendir sikit….itupun 3 jam sebelum bersalin…sikit je pun…

Jom ibu2 kita kenali 10 tanda-tanda bersalin yang biasa dialami oleh ibu2 yang akan melahirkan baby comel dan cute…. Winking smile

tanda-tanda bersalin
Image from Google

10 Tanda-tanda Bersalin Semakin Hampir

1. Kontraksi Braxton-Hicks

– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran

2. Sakit Belakang Bahagian Bawah

– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat

3. Pecah ketuban

– Hanya 1/10 ibu2 mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran…selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin

4. Lendir pekat bercampur darah (bloody show)

– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan2 dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa untuk kehospital jika kontraksi semakin kerap yea.

5. Kerap terkentut

– Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah

6. Kerap kebilik air

– Ibu2 akan kerap kebilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar

– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin kebawah

8. Cirit Birit

– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu2 terasa loya

9. Keputihan

– Lelehan keputihan makin terasa…

10. Berat badan berkurangan

– Berat badan ibu2 akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir

Bagi ibu2 yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata tu….saya doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah swt….

tanda-tanda bersalin

Comments

  1. Judith says:

    Salam. Teringat pula pengalaman beralin 2 tahun lepas. Saya adalah antara 1/10 orang yang pecah air ketuban sebelum bersalin. Sakit kontraksi pun tak ada, hanya perut mengetat semacam dan tiba-tiba pecah air. Walaupun akhirnya terpaksa bersalin czer, pengalaman menjadi ibu memang saat yang sangat ermakna. 🙂
    Judith recently posted..5 Lampu KUNING Dalam Tumbesaran Si ManjaMy Profile

    1. syamila says:

      pengalaman yang sangat berharga kan…. ^_^

  2. fiza says:

    Sy nyeri tulang punggung dan sakit sikit di ari2. Skrg 34 minggu. Berdebar ni. Suami pula outstation.

    1. syamila says:

      harap semuanya dapat diatasi dengan baik….. baby sihat?

  3. preity bajik says:

    sya bru 33weeks plus. tp 70% tnda2 tu dh ade. sakit pggang cam haid pn kerap dtg. kontraksi sejam ade 4-5 kli … minta dipermudahkn

    1. syamila says:

      maaf tak de kesempatan app n reply komen….semoga baby dapat disusukan dgn susu ibu….ingin bantuan….call me @0179322123… tq sudi singgah…..

  4. sutika says:

    Slm p’knlan kak .. Sye pun tgh tggu hari nie .. Ank first … Smggu dua nie sye mmg sllu crit birit n buang air kecil stiap 5 @ 10 mnit … Nervous jgak ..

    1. syamila says:

      alhamdullillah…tahniah yea sis… semoga perjuangan penyusuan susu ibu berjaya ditempuh… 😉

  5. Alia says:

    Saya da 38 mggu tggu masa..anak ke2..

    1. syamila says:

      alhamdulillah….. tahniah yea puan alia

  6. ~zarya~ says:

    trime kasih share tanda2 kelahiran ni. hope doakan smoge dipermudahkan brsalin. bru 29week. tp nurse kate jangke kelahiran awal. sbp hb low. risau jgak,sbp sorg kawan tu 30week da bersalin. pape pun,doakan yg terbaik ye. thanks.

    1. syamila says:

      kalau bersalin awal…itu tandanya baby dah tak sabar nak keluar….hehhe…

      insya allah semuanya akan dipermudahkan olehNya.. amiinn

  7. Sy dh 37wks minggu ni tgh menunggu masa je…hehe
    MaMa Chantique recently posted..Tips Hilangkan Sakit Gigi Agar Dapat Tidur Lebih LenaMy Profile

    1. syamila says:

      alhamdulillah….semoga semua dipermudahkan…tahniah yea…

  8. Nur Aisyah says:

    Assalamualaikum salam perkenalan…sy pun tgh berdebar due date dah lebih tp x bersalin lg anak ke 5.Biasa tanda yg sy alami ke luar lendir dan darah tetepi sedikit…yg keempat yea air ketuban pecah dulu….semoga kali ini… Allah permudahkan segala urusan termasuklah mummy2 yg menghitung hari….

    1. syamila says:

      waalaikummussalam

      insya allah semoga semua dipermudahkan…. dah 5 org yea…. sy baru 4… anyway….tahniah yea mummy…. ^_^

  9. muliana says:

    Salam…kandungn da 36 week…trsa amat bdbar n prsaan bcmpur baur….btambah risau apabla sjak kblakngn ni mnglmi gangguan emosi….

    1. syamila says:

      banyakkan berdoa, berzikir dan baca al quran ye sis…insya allah emosi akan tenang…..

  10. fazirah says:

    hari ni 19/01/15 sya bru la 35week, tp rmai dh yg tgur perut dh kebawah mcm nk bersalin dh.. boleh jd ka brsalin awal week ni?? akak kn dh berpengalam..sya ank frst ni

    1. syamila says:

      35 week dah boleh bersalin…..perut ke bawah kemungkinan juga peranakan turun….apapun lebih baik buat pemeriksaan di klinik atau bidan yg bertauliah…..

      tp sis dah boleh standy segala kelengkapan utk kehospital yea

      semoga semuanya dipermudahkan…..amiinnnn

  11. huda says:

    tengah tunggu masa dah jugak ni..semoga dipermudahkan segalanya.
    huda recently posted..Vitalea for children- Rasa yang sedap dan berkhasiat untuk anak anda!!My Profile

    1. syamila says:

      insya allah

  12. Saya 3 kelahiran sebelum ini (termasuk gugur sorang) semuanya pecah ketuban sendiri. So selagi x pecah ketuban i guess masih ada masa. Ni pun jln dh bukak 3cm. Ketuban x pecah lg. Tp darah+lendir kluar tiap kali kencing. Pertama kali ada tanda ni 🙂
    Jazilah Ilyas recently posted..Muka Berjerawat Teruk Kerana Salah Pilih Produk Kini Licin Cantik Dengan Vitamin ShakleeMy Profile

  13. Salam perkenalan. Saya tengah tunggu ari ni. Berdebar2 plak rasa nya. Hehe.

    Saya Ibu Zidane
    Marina Ibu Zidane recently posted..Disember : Bulan cantik dengan promo Vitamin C & Vitamin EMy Profile

    1. syamila says:

      salam perkenalan juga dari saya…..

  14. Tengah tunggu hari je ni. Huhu. Berdebar2 plak macam anak sulung. Anak sulung aritu keluar awal. Yg ni belum ada tanda lagi nak keluar. Macam2 fikir ni. Hehe.

    Saya Ibu Zidane
    Marina Ibu Zidane recently posted..Disember : Bulan cantik dengan promo Vitamin C & Vitamin EMy Profile

    1. syamila says:

      tahniah ibu…..semoga Allah permudahkan kelahiran yang kedua ini… 😉

  15. Mazni Azmi says:

    Terima kasih atas tanda tanda nak bersalin ni.

    Kena banyak buat persedian fizikal dan mental sebelum tu. Bertarung nyawa ni
    Mazni Azmi recently posted..Cara Pakai Tudung Labuh 8 Cara Penjagaan Agar Tahan LamaMy Profile

    1. syamila says:

      Betul dah tu….apapun bila tgk baby…hilang terus kesakitan tadi…. 🙂

  16. Salwa Cantik says:

    Salam ziarah

    teringat pengalaman bersalin di rumah setahun lepas

    teringin nak bersalin lagi bila teringat pengalaman ni

    huhuhu
    Salwa Cantik recently posted..Monolog Seorang HambaMy Profile

    1. syamila says:

      Salam kenalan…

      Bersalin kat rumah ke….tk sempat ke hospital atau mmg nk bersalin kt rumah

      Boleh la tambah lagi sorg tu…. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge