Kehamilan Minggu Ke 31



Alhamdulillah….kehamilan dah pun masuk minggu ke 31…dah tak lama dah baby nak jumpa abang dan kakak….ummi pun tak sabar nak breastfeeding baby…semoga perjalanan penyusuan ibu untuk kali ini juga berjaya seperti sebelumnya…Insya Allah…

Bila dah masuk minggu ke 31 ni juga….dah tak tak selesa nak duduk dan tidur….macam posisi bertukar bersilih ganti..tak termasuk bila perut mengeras….tengah jalan kena berhenti kejap….tapi dari sekarang juga tak boleh banyak berehat…kena banyakkan berjalan bagi memudahkan proses bersalin nanti…cuma jangan terlalu mendesak…buat setakat yang termampu….

Suplemen untuk ibu hamil

Ibu2 boleh mula buat senaman bola ini seminggu sekali kerana ia dapat

  • > mengurangkan sakit bersalin
  • > memudahkan ibu2 tidur
  • > membantu bayi berada dalam posisi yang betul
  • > menguatkan otot pinggul
  • > memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin

Relaxed pregnant woman

Suplemen untuk ibu hamil

Saya suka buat senaman duduk atas bola bila dah dekat dengan due date….dan bila kontraksi dah bermula….nak bagi cepat bersalin….alhamdulillah memang memudahkan proses bersalin….tapi pastikan masa buat senaman ni ibu berada dekat dengan kerusi atau katil atau apa aje untuk berpegang…maklumla kan dah sarat sangat…takut tak stabil dan jatuh kan….

pregnancy-exercise-2

Saya buat tepi katil…tangan biasa pegang kat katil….bimbang takut jatuh…. Winking smile

Semakin dekat nak bersalin, kebiasaannya paras HB pun tak cantik…kena betul2 jaga pemakanan dan jangan skip ambil vitamin….semasa mengandung kita wajib ambil vitamin/suplemen kan…jadi selepas bersalin pun ibu2 pun disarankan teruskan pengambilan suplemen seperti semasa hamil bagi memastikan tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga….seterusnya permulaan perjalanan penyusuan susu ibu berjalan lancar…Insya Allah….

Suplemen untuk ibu hamil

4 thoughts on “Kehamilan Minggu Ke 31

  1. najat hamdan November 3, 2014 at 6:13 am

    Thanks for sharing!

  2. qasehnya rania July 14, 2014 at 7:59 am

    alhamdulillah.tak lama dah kan..
    smga dipermudahkan semuanya nanti aamiin 🙂

    • syamila July 14, 2014 at 8:50 pm

      Terima kasih….tunggu masa je ni nak deliver…. 🙂

  3. titan July 5, 2014 at 4:22 am

    tu dia.. dah 31 minggu dah rupanya ye..

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge