Tudung kanak-kanak


14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL

Betapa mulianya wanita hamil kan….beruntung bagi wanita yang dah dapat cahayamata….bagi mereka yang masih belum…Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi….

Walaupun saat hamil macam2 masalah kena hadapi dan bila sampai waktu melahirkan…kesakitan yang terpaksa ditanggung…namun bila tengok baby…semua tu hilang dalam sekelip mata….bila baby dah besar….keinginan untuk hamil timbul lagi dalam sanubari….

Walaupun mulut kata dah tak nak…tapi jauh disudut hati teringin….hehhee….sanggup ku tempoh saat yang bermacam2 dugaan semata2 untuk melihat bayi comel lahir kedunia…

Insya Allah akhir bulan 7 nanti, kami akan menimang cahaya mata yang ke4…daokan semua dipermudahkan….aaamiiinnnn….

 

1604499_678393132198792_1777749187_n

14 “KEMULIAAN” WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’ :

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah…

► Betapa mulianya “status” wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya….

Credit to: AKU DAN HATIKU

Comments

  1. Eileen says:

    Excellent blog post. I absolutely appreciate this site.
    Keep writing!
    Eileen recently posted..EileenMy Profile

  2. titan says:

    okeh. kena bagitau bakal-bakal bini gua nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge