Husna dan Asma



Kebiasaanya bila batuk…dalam 2-3 hari lepas makan ubat…husna akan baik…tapi kali ini lain sket…batuk kali pertama ok lepas makan ubat…tapi belum sampai seminggu…husna batuk dan selsema lagi…kali ni lebih teruk dari sebelumnya….

Bila bernafas, boleh dengar bunyi berdehit…dan nampak susah nak bernafas…bila pergi klinik…memang ada tanda2 nak kena asma…doktor cakap…bunga2 asma dah muncul…doktor dah bagi ubat dan bagi masa 3 hari….kalau dalam masa 3 hari belum baik…terpaksa ambil antibiotik…risiko budak2 ni nak kena asma memang tinggi disebabkan genetik…

husna humaira

Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu…

Mesti ramai yang tertanya kenapa macam tu sekali sya tak suka kucing…ntahler…dari kecil2 lagi tak suka…lagi satu kalau nak bela kucing kena la bersih2…bersih kan kucing dan tempat tinggal kucing….tapi kat rumah ni tak de siapa yang nak ambil peduli bab kebersihan kucing sampai macam tu sekali…sya memang angkat tangan tangan dan kaki…say no…huhuhuhu

Tapi bulu kucing memang bahaya utk bayi yang ada potensi asma ni kan…lagi parah bila kucing ni suka sangat lompat sana sini…kawasan larangan tempat simpan alat2 penyusuan pun dia panjat…. 🙁

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

– Bulu binatang
– Debu atau habuk
– Perubahan cuaca
– Senaman
– Merokok dan asap rokok
– Debunga
– Jangkitan saluran pernafasan
– Makanan / Buah-buahan tertentu
– Tekanan perasaan
– Ubat tertentu

Masa nak bawa balik kucing dulu, sya dah tak setuju…tapi terpaksa akur…selepas seminggu kucing kat rumah…ahmad kena jangkitan kulit…alhamdulillah ok lepas ambil Multivitamin Mealshakes Shaklee…selepas tu juga bermula la episod husna setiap bulan kena batuk dan selsema…tapi kebiasaanya akan baik selepas makan ubat…ini adalah kemuncak…jadi keputusan muktamad kena buat…samada kurung kucing dalam sangkar…dan jangan bagi masuk rumah atau pulangkan ke tempat asal..ataupun bagi kepada sesiapa yang berminat…

Nak tinggalkan di mana2 kesian la pula kan…masa dulu2 elok je ambil…bila dah tak nak…buang…tak baik la pula kan…

GEJALA – GEJALA PENYAKIT ASMA

– Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
– Susah bernafas ( sesak nafas )
– Nafas berbunyi ( wheezing )
– Rasa ketegangan di dada

KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
Sentiasa gunakan ” carta kawalan Asma di rumah ” bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.

INGAT !!!

Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;

– Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
– Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .
– Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
– Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .

 

Sumber :
http://moodpro.tripod.com/inyakit/asma_pg1.htm
http://www.babycenter.com.my/a1045592/asma

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge