Medela Swing Breast Pump Freestyle In Da House



Suka sangat beli pam….lepas tu jual balik…sekarang beli pam baru pula…Medela Swing…hehehe…saya tukar bersebab yea….

1236631_659334870743740_192889174_n

Antara jenis Breast Pump yang pernah guna :

1. Unimom Allegro

2. Unimom Mezzo

3. Unimom Forte

4. Medela Swing



Unimom Allegro

Ini adalah Breast Pump pertama beli…beli pakej masa mengandung husna 6 bulan…sempat guna beberapa bulan je sebab upgrade ke Unimom Forte Double Pump…alasan upgrade sebab nak jimatkan masa mengepam dipejabat…dan boleh heavy duty…boleh baca mengenai Review Unimom Allegro yang saya post sebelum ni.

Unimom Mezzo Manual

Beli yang ni untuk pam di rumah…dan kalau kebetulan elektrik tiada…ada yang cakap bunyi Unimom Mezzo ni kuat…memang kuat la tapi ada cara tak nak bagi berbunyi…masa mengepam tu…bila nk lepaskan…jgn lepaskan sampai habis….biar 3/4 je….baru la tak berbunyi…orang sebelah pun tak dengar…

Review Unimom Mezzo boleh baca di sini…

Unimom Forte Double Pump

Ni adalah breast pump yang ke 3….guna sampai 10 bulan sebelum upgrade ke Medela Swing…

Alasan upgrade sebab kerja di pejabat makin banyak….memerlukan bergerak ke sana sini…dalam pejabat je…tapi tak best juga bila bos panggil…kena bagitau tunggu 10 minit sebab mengepam…lagipun tak best bila nak mengepam kena duduk setempat…kebetulan dapat rezeki murah tahun ni…jadi boleh la merasa Portable Breast Pump… 😉

Unimom Forte masih lagi dalam simpanan…dalam proses pencarian mereka yang berminat untuk dapatkan Preloved Breast Pump…condition masih lagi dalam keadaan yang sangat baik…masih dalam warranty dan akan tamat pada 09.12.2013…

Review Unimom Forte boleh baca di sini

Medela Swing

Tapi sekarang tidak lagi…Medela Swing in da house sejak 12 september 2013, bila bos panggil boleh terus pergi…tiada alasan lagi untuk menunggu 10 minit…yang best bila pam dirumah boleh dimana2 sahaja…kalau malas nak guna manual pam…

Sya pun dah beli 4 biji rechargeable batteri…jadi boleh pam dimana sahaja…bila2 masa…best kan…

Mesti ada yang bertanya…kenapa tak beli Medela Swing Maxi…alasan mudah sahaja…jimat budget…lagipun di pejabat sya hanya ambil masa mengepam 20-30 minit je…10-15 minit setiap sesi…kiranya 2 sesi sahaja…dirumah lebih suka freestyle single pumping…sebab kadang2 tengah mengepam husna pun nak menyusu sama…..jadi bolehla tanderm nursing…. 😉

Jadi sya beli je Medela Swing dan tambah alatan utk jadikan double pump….jom kira kos :
Medela Swing : RM666 (beli di enjoybreastfeed.com free postage)
Personal Breastshield, Valve Head, Tubing, Connector  : RM106 (beli di onebabyworld.com termasuk postage rm6)
T-Connector : RM0.50 (beli di kedai akuarium)
Set Rechargeable Batteri : RM120.00

Jumlah Keseluruhan : RM892.50

Next entri nanti kita kongsi cara saya guna Medela Swing untuk single pump dan double pump yea…kiranya saya buat 2 set tiub….satu untuk double, satu untuk single…

 970463_659804550696772_18993765_n

13 thoughts on “Medela Swing Breast Pump Freestyle In Da House

  1. shafarina February 27, 2015 at 4:14 pm

    Salam, boleh tolong emailkan pengalaman dan bagaimana performance medela swing yang di convert kpd double pumping. Thanks a lt

  2. wardah February 4, 2015 at 5:25 pm

    sy nak jugak review awak mengenai swing yg upgrade tu performance dia cmn.. boleh eh?

    • syamila February 5, 2015 at 9:17 pm

      review tu saya dah publish kat blog….. type medela review kat search box … tq… ^_^

  3. hajar iza farhana May 24, 2014 at 4:37 pm

    Salam,
    boleh review x pnggunaan bpump medela swing smasa d pjbt..
    cmne prformnce de klo guna single n double ye..
    boleh share cmne nk pump freestyle dgn medela swing ketika d ofis..
    tq ye

    • syamila May 28, 2014 at 5:04 pm

      Sy dh share… 🙂

  4. ashikin May 3, 2014 at 7:38 am

    salam syamila. Jika x keberatan boleh berkongsi review saudari ttg medela swing…n setelah diconvert kpd double pump. Saya pun tgh berkira2x nk beli medela ni…terima kasih. 😉

    • syamila May 3, 2014 at 4:02 pm

      nanti sy share review…apapun kalau puan belum beli…better beli medela swing maxi…sebab cost utk convert…selepas dikira2….harga dh nk sama dn medela swing maxi……

  5. nadia March 8, 2014 at 11:15 pm

    As salam, boleh email dekat saya juga tentang performance swing jd double pump…thanks..

    • syamila March 13, 2014 at 1:32 pm

      salam…dh email yea…tq

  6. jannah February 3, 2014 at 5:38 pm

    salam.. cam mana performance dia? saya ada syorkan pada kawan.. tp dia kata tak de beza.. saya plak seddih sebab syorkan kt dia.

    • syamila February 11, 2014 at 3:56 pm

      sy dh email yea…tq

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge