Tudung kanak-kanak


Lobak Putih Menu Utama Ibu Menyusu

Di Kemaman, setiap hari Jumaat dari 7 pagi hingga 12 tengah hari ada pasar tani…sebelumnya hari Khamis, pasar malam…seperti biasa bawa anak2 pergi sama sambil cari makanan…

Sampai bahagian sayur, jumpa la lobak merak & lobak putih…buat2 la tanya kakak…

ummi : “kakak….yang ni sayur apa”…sambil tunjuk lobak putih

kakak : ‘lobak putih”

ummi : “yang ni pulak”…sambil tunjuk lobak merah

kakak : “carrot”…..

tuan, puan….panggilan tak sama yea….yang tu lobak, yang satu lagi tu carrot…..hik3….

images (6)

Dah lama nak cuba makan lobak putih ni, sebab ia adalah antara sayur2an yang boleh menambahkan pengeluaran susu ibu….selepas bulan puasa ni, susu tak banyak…tak sempat pun nak buat stok…dah jadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dah….uhuk3…

Apapun rezeki husna masih lagi ada….sehingga sekarang husna menyusu dengan susu ibu sepenuhnya….selepas kejadian ada seekor cicak membunuh diri di suis peti ais dan menyebabkan peti padam….stok beratus oz dalam freezer terpaksa dibuang dalam tangisan…uhuk3…sampai sekarang tak sempat nak kumpul stok banyak2…

Dalam freezer ada stok yang boleh bertahan 2-3 hari sahaja….jadi nya sya nak cuba makan lobak putih pula….selain teruskan aktiviti mengepam melebihi permintaan…

Ada yang cakap lobak putih ni tak berapa sedap…lepas google menu apa yang nak masak dengan lobak putih, akhirnya buat masak lemak sayur campur…lobak putih + sayur sawi + salad…bila makan….sedap je…rasa seperti biasa…tak de la terpaksa telan…kiranya ok je la….nasi sepinggan licin…camne nak kurus ni…ahaks….kali terakhir berat 54kg…sekarang ni tak timbang lagi…esok lusa nak timbang ler…hehehe

Jadi hari cuti ni jom Masak Lemak Lobak Putih dan Ayam Goreng Special…

lobak putih

Menu Masak Lemak Lobak Putih

Lobak Putih + Sawi + Salad (boleh je campur dengan mana2 sayur pun….)

Bawang Besar + Lada Besar + Ikan Bilis Tumbuk

Santan

Satukan semua dalam periuk…masak sampai separuh masak…sayur ni kalau terlalu masak tak best…lagi satu hilang zat yang terkandung didalamnyer…

Antara Khasiat Lobak Putih

· Bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut, dan kuku
· Merangsang nafsu makan
· Meringankan gugup dan darah gemuruh
· Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan
· Mengatasi masalah pencernaan
· Meredakan sembelit
· Baik untuk mereka yang menghidap bronchitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema
· Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesity dan melarutkan batu empedu.
· Baik untuk pesakit diabetes
· Baik untuk mereka yang mengalami masalah kencing kurang lawas [Sumber : SINI]

Sekarang ni terpaksa bangun malam2 antara 12 tgh malam hingga 5 pagi untuk buat power pumping….berkorban demi husna tersayang…inilah pengorbanan seorang ibu yang bekerja….pengorbanan yang bukan sedikit….melibatkan wang ringgit, emosi dan fizikal…

Masa menyusu kakak ira dulu, tak terasa susah pun menyusu sepenuhnya hingga 2 tahun sebab masa tu suri rumah sepenuh masa….sekarang bila dah bekerja…baru tahu macam mana perit getir ibu2 bekerja untuk menjayakan misi menyusukan anak2 masing2 sehingga 2 tahun…

1186178_656040214406539_1672311188_n

Ada juga yang bagi cadangan ambil produk shaklee….tapi kalau ambil produk tapi kurang makan, kononnye diet…tak mengepam lebih dari biasa…susu tetap tak akan banyak kan…

Punca susu merundum ni sebenarnya salah daripada diri sendiri jugak….mentang2 stok dah banyak….susu pun mencurah2 masuk botol bila mengepam…jadi banyak kali skip pam sesi petang….pam sesi tengah hari pun kadang2 tu tertunggak lebih 2 jam…bila dah jadi macam ni…baru la menyesal tak sudah

Apapun, semangat untuk menyusu tetap utuh….misi menyusu sehingga 2 tahun Insya Allah akan ditunaikan….tak kan sesekali menyerah kalah…akan terus berjuang untuk bagi yang terbaik untuk Syarifah Husna Humaira….

Sesungguhnya Susu Ibu Adalah Yang Terbaik Dulu, Sekarang dan Selamanya….

Comments

  1. […] Terbaikkk…. 23. Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu 24. Bagaimana Susu Badan Dihasilkan 25. Lobak Putih Menu Utama Ibu Menyusu 26. Bila sikecil Husna berpower pumping 27. SUSU IBU ANUGERAH TERAGUNG 28. Medela Swing Breast Pump […]

  2. titan says:

    suka lobak putih. wat air pun sedap.
    titan recently posted..Kalau umpan menarik dan sedap, mustahil ikan tak nak makan, kan?My Profile

    1. syamila says:

      Ada juga yg buat air yea….blh cuba ni…tq

      1. zie fauzi says:

        buat air campur madu kak SYa… jus lobak ni ubat… x ingt la untuk penyakit apa tp mmg bagus… cuma kan.. nak minum tu kena tahan nafas la… hihi
        zie fauzi recently posted..Malaysia vs Thailand | Pesta Bola MerdekaMy Profile

        1. syamila says:

          alamak…kalau air ni k sya susah sgt nk telan…tak pe la tk buat air pun…masak sambal boleh…hehehe

  3. zie fauzi says:

    lobak putih ni zie buat sambal tumis kak sya…rasanya mcm zie sorg je cuba resipi ni… masak lemak ke, masak air/bening ke mmg tak lalu kt tekak ni.. semacam je rasa..tp kalau sambal tumis letak udang ke ikan bilis ke mmg boleh habis.. laju je makan.. maybe sbb zie ni suka mkn yg pedas2 kot….
    zie fauzi recently posted..Pelancaran iPhone 5S dan iPhone 5CMy Profile

    1. syamila says:

      Nanti nk buat sambal tumis le pulak…..sedap eh…

  4. puanbee says:

    lobak putih sedap la , mungkin sbb bee suka lobak putih jd susu sentiasa banyak ? adakah ?

    hehe apa pun semoga banyak la susu kak sya utk husna nanti … kesian .. yang cicak tu pun tkde tmpt lain ke nak bunuh diri .. habis rosak susu husna .
    puanbee recently posted..4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke MaghribiMy Profile

    1. syamila says:

      Alhamdulillah…slps cuti 5 hari…susu mkn bertambah….usaha tangga kejayaan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge