Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum



Sejak dari bulan lepas pengeluaran susu makin merosot…biasa sekali pam dapat 6-10 oz setiap sesi, sekarang ni dapat secara purata dalam 2-3 oz aje….

Jom kaji kenapa susu boleh merundum
1. Sepanjang bulan ramadhan sya hanya pam sekali sahaja di pejabat….di rumah memang tk mengepam…kadang tu ada juga sya skip pam terus….
2. Lepas masuk bulan Syawal sya banyak minum air batu….
3. Sejak tu juga sya banyak skip pam sesi petang….pam sesi tengah hari pun ada sya skip ke sesi ptg…kiranya banyak sya pam sekali sahaja di pejabat….sesekali ada juga pam di rumah selepas balik kerja

1004858_660645103946050_2064311869_n

 

Stok susu dalam chiller [date : 15sept2013]

Natijahnya susu makin merosot….sekali pam dapat maksima 1-3 oz…sehari kadang2 dapat kumpul 4-5 oz sahaja…nampak sangat stok makin menyusut kan…akhirnya stok dalam freezer tinggal 15 oz sahaja….baru la menyesal dengan apa yang sya buat….uhuk3….

Tapi sekarang ni alhamdulillah…susu makin meningkat…walaupun tak meriah sangat…tapi cukup untuk bekalan husna di rumah pengasuh….lagipun husna hanya minum purata 9 oz je sepanjang di rumah pengasuhnya….

The Secret Garden, The Magical Flower…

Cara sya buat untuk kembalikan pengeluaran susu adalah :
1. Ambil cuti 5 hari….
2. Pam setiap 2-3 jam…dalam sehari sya pam 6-7 kali
3. Sentiasa berfikiran positif walaupun hanya dapat 1 oz setiap sesi…dalam sehari dpt kumpul 7 oz utk 7 kali sesi mengepam
4. Setiap malam buat power pumping
5. Makan makanan yang berkhasiat….elak minum air batu…
6. Minum air susu walaupun tak suka…
7. Air masak biasa minum 3 liter…tambah lagi ke 4 liter sehari

Akhirnya….hari ke-6 nampak ada perubahan bila kembali bekerja….sekali pam dapat 5 oz…utk 2 sesi mengepam di pejabat dapatla kumpul 9 oz….alhamdulillah….

1238053_660646633945897_1026541948_n

Stok susu dalam freezer…sebelum ni 15 oz sahaja…sekarang stok makin bertambah…berkat usaha tak pernah putus asa dan sentiasa berfikiran positif….alhamdulillah

Lain2 informasi boleh la jenguk2 di FB Group Kump Ibu Menyusu (KIM)

8 thoughts on “Apa yang perlu dilakukan bila susu merundum

  1. diana September 5, 2014 at 10:51 am

    haii…dan assalamuaikum…..
    Nama saya Diana, Sudah berkahwin dan mempunyai 2 org cahaya mata. Diana ade sediakan ilmu yang boleh dikongsikan bersama di blog diana http://apapayahsangat.blogspot.com/ mengenai tip-tip penyusuan secara eklusif. Diana juga menyediakan ruangan Khas ‘sedapnya Susu mama” this is all about breasfeeding tips.
    TQ.

  2. Rina September 19, 2013 at 11:11 am

    Untuk memperlancar keluarnya susu ibu saya pernah dapat info dengan memperbanyak memakan kacang2an dan satu tips ni dari orang dulu yaitu mengkonsumsi daun pepaya muda
    Rina recently posted..Create SEO Friendly URLs Rewrite Using Htaccess And Mod_RewriteMy Profile

    • syamila September 21, 2013 at 12:08 am

      nampaknya kena byk makan kacang la lepas ni…. 😉

  3. may September 17, 2013 at 1:51 pm

    oo..air batu pun effect ye?susu sy stkt skg ni mcm kurang ckit..sbb bb kurang demand kot..die pun da 7 bln..alhmdlh…stok byk lg..;)

    • syamila September 17, 2013 at 5:27 pm

      For me…air batu mmg mempengaruhi.. bestnyer stok byk…stok sy beratus oz terbuang sbb ada cicak bunuh diri di soket peti….uhuk3x

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge