Bila sikecil Husna berpower pumping



Sebabkan baru lepas power pumping…jadi susu pun baru nak mulakan pemprosesan balik….sudah semestinya susu tak laju macam air terjun…

Jadinya sya pun guna 2 oz susu yang baru diperah dalam botol untuk husna…apapun ianya kantoi…nak suakan botol susu….belum pun sampai dimulut, husna dah pusing kepala dan merengek…mata pejam…bila puting kena dekat bibir, mulut ditutup rapat, langsung tak nak buka….
image

Husna membesar dengan susu ibu sepenuhnya….alhamdulillah

Bila suakan susu ibu, cepat dia tangkap….belum sampai ke mulut, dia cepat2 buka untuk menyusu….pintar yea…mata pejam pun dapat bezakan yang mana plastik yang mana original….hik3….

Nampaknya susu 2 oz terbuang macam itu je la…sebab susu dah bercampur dengan enzim air liur husna….sayang nak buang….tapi terpaksa….uhuk3x….

Jangan ingat 2 oz tu sikit tau….bagi sya itu satu jumlah yang banyak…bersusah payah nak kumpul banyak tu…hanya mereka yang dalam Kumpulan Ibu Menyusu sahaja yang mengetahui perit getir untuk kumpul stok…..

Bagi ibu2 baru yang ingin dapatkan pelbagai informasi mengenai dunia penyusuan, boleh la intai2 forum SusuIbu.com atau facebook KIM (Kumpulan Ibu2 Menyusukan)

Power Pumping :
Mengepam selama sejam untuk meningkatkan pengeluaran susu…kebiasaan hasilnya akan nampak selepas seminggu….

Cara power pumping guna manual pump >>> pam sebelah kanan 10 minit, pam sebelah kiri 10 minit…ulang sehingga sejam…kiranya kita akan pam setiap belah 30 minit…

Cara power pumping guna double pump >>> pam 10 minit, rehat 10 minit sehingga sejam…kiranya pam 30 minit, rehat 30 minit…

Happy Breastfeeding…. ^_^

7 thoughts on “Bila sikecil Husna berpower pumping

  1. saljuhumairah September 13, 2013 at 1:13 am

    Saya menyokong penuh isteri brestfeeding. Banyak kelebihan. Lepas habis pantang siap beli brest pump yang berkualiti. Tambahan dengan harga minyak naik ni pasti harga susu juga meningkat. Sangat membantu.
    saljuhumairah recently posted..18 Koleksi Kata-Kata Puisi Sufi Popular Jalaluddin RumiMy Profile

    • syamila September 13, 2013 at 8:29 am

      Bagusnya….suami sy pun sokong sepenuhnya…peralatan mengepam sy beli sendiri….suami tolong beli peti ais… 😉

  2. Izzuddin Fauzi September 12, 2013 at 8:49 pm

    Selagi tak sampai umur dua tahun, biarkan dia breastfeed. Hehehe… Orang laki jarang tau masalah perempuan Brestfeed so, tak tau nk ckp apa -_-
    Izzuddin Fauzi recently posted..Resepi Burger BakarMy Profile

    • syamila September 12, 2013 at 9:36 pm

      suami pun kena ambil tahu juga…ada juga suami yg ambil cuti mengajar sesi petang hanya semata2 ingin menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya…beri sokongan kepasa isteri…

Leave a Reply

Name *
Email *
Website

CommentLuv badge